Jom masak PAPRIK !

Salam 
Hye all :) 

Mood memasak datang bila menjelang tengah tengah bulan . Cuba kalau time awal bulan or hujung bulan , asyik makan luar je . :p . Kesian ayam dan ikan dalam peti sejuk tu , tak bersentuh . Dapur pon jarang la berasap . :p hehe . 

Dan semalam , tibe tibe aku rasa teringin nak makan paprik ayam . Kebetulan ade pasar malam pulak , so aku pon beli la bahan bahan untuk memasak paprik . 

Antara bahan bahan yang diperlukan : 

Kacang panjang (Aku beli 4batang je . untuk hidangan dua orang ) 
Bawang putih
Bawang merah/besar
Oyster (Sos Tiram)
Cili Blend ( cili kering yang dikisar)
Kicap
Garam & Gula
Cili merah & Cili Padi
Ayam yang dipotong kecik kecik . 

Firstly , panaskan minyak . Tumiskan bawang putih dan bawang merah yang ditumbuk hingga naik bau .
Kemudian , masukkan satu sudu cili blend , sedikit sos tiram dan 1/4 air dan dua sudu kicap . Kacau sehingga sebati .

Step seterusnya , masukkan kacang panjang dan ayam yang sudah dipotong kecik kecik tadi . Masak dalam suhu api yang perlahan supaya ayam empuk . :) 

Then , masukkan pula sedikit garam dan gula secukup rasa . Untuk pekatkan kuah , taburkan tepung gandum sedikit . Sebagai hiasan , taburkan sedikit cili merah dan cili api yang telah dihiris halus . :) 

Tips : Untuk lebih 'kick' bole letak daun limau purut . ^_^

Dan nie lah hasilnya . :

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*



Nyam nyam . Jemput makan . :p 
TERIMA KASIH KERANA MEMBACA! :) KLIK BUTTON LIKE KALAU SUKE...:)

3 ulasan:

  1. ko jamin ke kalau aku follow step2 kat atas tu leh jadi? aku dah r fail bab masak2 ni.. kalau tak jadi aku saman! =P

    BalasPadam
  2. @kay_are

    konfem! dijamin...:p
    kacang je laa..:p

    BalasPadam
  3. bak nak rasa dulu. kalau sedap baru buat sendiri. hehehe :p

    BalasPadam

PEGI SEKOLAH NAIK BAS,
SUDAH BACA, HARAP BALAS :P