Selamat Hari Guru, Teacher !

Salam .
Hye all :) 


Sedar tak sedar , rupanya dah hampir enam tahun aku meninggalkan zaman persekolahan . Zaman yang mana banyak manis dan pahitnya . :) Kadang kadang bila teringatkan kembali zaman persekolahan, aku hanya tersenyum .:) 

Teringat pada sorang cikgu Geografi aku yang agak garang orangnya . Hampir satu kelas pernah didenda gara gara tidak menyiapkan tugasan yang diberikan . 'Ketuk ketampi 100 kali kat luar kelas sekarang ! ' 

Tak kira pelajar lelaki , pelajar perempuan sume kena termasuk lah aku .:p kehkehkeh . Lepas 100 kali ketuk ketampi tu, nak turun naik tangga kaki rasa macam nak tercabut . >_< . Balik je, mengadu kat mak . "Mak, sakit kaki . Cikgu denda ketuk ketampi 100 kali sebab tak siap kerja sekolah . " sambil buat muka mintak simpati ."Padan muka . Tula, sape suruh malas buat keje sekolah . " Sobsobsob . >_< 


Setiap tahun masa sekolah , selalu mindset kat kepala , 16 Mei mesti tak payah bawak beg pegi sekolah sebab mesti cikgu tak mengajar punya . hehe . :p . Pernah la masa Hari Guru , aku punya la malas gila nak gi sekolah . Dan buat cuti umum sendirik . :p " Mak, hari nie angah malas nak gi sekolah . Mesti cikgu tak buat kelas hari nie. Sebab hari Guru kan .


Dan yang paling aku tak pernah lupa , masa aku sekolah rendah dulu . Tengok kawan kawan lain bagi cikgu hadiah, aku pon sibuk nak bagi hadiah . Tapi takde duit nak beli hadiah . Habes sabun mandi wangi ( yang masih belum digunakan ) kat umah aku rembat dan bungkus pakai kertas warna buat pembalut hadiah . hehe . 

Nasib la cikgu tu dapat ' hadiah special ' tu . Ok ape kan , bila cikgu tu mandi guna sabun yang aku hadiahkan, cikgu tu mesti ingat kat aku . :p  

Stop cerita kejap. :p Aku nak buat ucapan 'SELAMAT HARI GURU'  kepada guru guru yang pernah mengajar aku di SK (P) Methodist 1 Melaka , SMK Tun Tuah Melaka , SMK Wakaf Tapai, Terengganu dan para pensyarah di Kolej Universiti Islam Melaka . :) # ada macam dedikasi kat radio tak ? :p 


To my BFF yang juga bakal dan  bergelar guru , SELAMAT HARI GURU . :) 
Aku sayang korang sangat sangat !  ^_^ 


Tapak kaki : Selamat Hari Guru juga untuk Mr. Right yang pernah jadi 'guru sandaran' sekejap masa dia cuti hari tu . :) Happy Teacher's Day, Cikgu Tassrif ! hehe . ^_^

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA! :) KLIK BUTTON LIKE KALAU SUKE...:)

6 ulasan:

  1. selamat hari guru.. :) cantik blog

    BalasPadam
  2. alaaaa dia pilih gamba sama. hahaha. part yang best bila hari guru mesti la tak bawak beg tu. hari merdeka :D

    BalasPadam
  3. ketuk ketampi 100 kali bese, aku ngan satu kelas pernah kne denda round padang sambil pakai baju uniform sebab lambat hantar buku je.. ape pun selamat ari guru!! ^__^

    BalasPadam
  4. hai si comel yg bermata bolatttt..Mummy dah follow balik. Mummy yg ke 700..yeayyyy!!!

    BalasPadam
  5. ketuk ketampi tak pernah tapi lari keliling sekolah 10 pusingan pernah.ekeke

    bila ingat zaman sekolah balik,mesti rasa lucu

    BalasPadam

PEGI SEKOLAH NAIK BAS,
SUDAH BACA, HARAP BALAS :P