Memori 2014 (PART 1)


Assalamualaikum . Hye semua :) 

Ya Allah , rupanya dah setahun lebih aku biarkan blog nie terabai . Dari zaman anak dara , dah jadi bini orang , dan now i'm officially "UMMI" :) Last entry aku pun masa tu baby dalam perut lagi. Sekarang, anak pun dah setahun lebih dah. Nampak tak betapa lama nya aku tinggalkan blog nie. Phewww . 

Banyak sangat cerita 2014 yang aku nak coretkan , so korang sila baca sampai muntah ok :P 
Firstly , mengenai kelahiran anak sulung kami pada tanggal 27 Mac 2014 , ngam-ngam EDD secara emergency czer . Kenapa czer ? Meh nak story satu satu . 

23 Mac 2014 ( Sabtu ) , tarikh ni aku tengah sakan makan nasi minyak kawan-kawan sekolah. Boleh pulak masa aku tengah sarat bawak perut korang pakat nak kahwin kan . :P  Fikir kawan-kawan , sarat-sarat pun kasi redah jugak .  hehe . Malam tu , bermula lah segalanya . Baru nak lelapkan mata, tiba-tiba rasa pinggang macam nak tercabut.  Sakitnya Ya Rabbi , Tuhan je yang tahu . Aku ni pulak jenis yang tak tahan sakit , terus nangis panggil husband . Husband tanya ,

" Nape nangis nie? " "Sakit b . Sakit sangat pinggang. " :(

Husband terus panik dan panggil mak kat bilik sebelah . Mak kata kalau bawak pergi hospital malam nie , confirm kena tahan ni. Mak suruh tunggu dulu , tengok keadaan macam mana sebab belum keluar apa-apa tanda lagi . So, nak tak nak aku terpaksa tahan sakit sampai keesokan harinya . Aku banyakkan berjalan masuk bilik, keluar bilik , masuk bilik keluar bilik . Nak bagi cepat bukaan kata mak . 

Lepas solat subuh , mak suruh mandi dan bersihkan mana-mana yang patut sebab lepas ni terus nak gerak ke hospital . Pagi  ahad (24 Mac 2015) , husband terus bawak pergi ke GH Melaka . Masa otw tu , zikir tak henti-henti di bibir , dalam hati rasa berdebar takut semua ada . 


Bersambung .....

Tunggu next story pulak...:P

Aku tepek gambar sipi-sipi dulu ye . he he




TERIMA KASIH KERANA MEMBACA! :) KLIK BUTTON LIKE KALAU SUKE...:)

2 ulasan:

  1. memang akan ada masa blog terabai.. hehe. tgk tangan pun dah comel.. semoga jadi anak yg soleh:)

    BalasPadam

PEGI SEKOLAH NAIK BAS,
SUDAH BACA, HARAP BALAS :P