Assalamualaikum . Hye semua :)
Ya Allah , rupanya dah setahun lebih aku biarkan blog nie terabai . Dari zaman anak dara , dah jadi bini orang , dan now i'm officially "UMMI" :) Last entry aku pun masa tu baby dalam perut lagi. Sekarang, anak pun dah setahun lebih dah. Nampak tak betapa lama nya aku tinggalkan blog nie. Phewww .
Banyak sangat cerita 2014 yang aku nak coretkan , so korang sila baca sampai muntah ok :P
Firstly , mengenai kelahiran anak sulung kami pada tanggal 27 Mac 2014 , ngam-ngam EDD secara emergency czer . Kenapa czer ? Meh nak story satu satu .
23 Mac 2014 ( Sabtu ) , tarikh ni aku tengah sakan makan nasi minyak kawan-kawan sekolah. Boleh pulak masa aku tengah sarat bawak perut korang pakat nak kahwin kan . :P Fikir kawan-kawan , sarat-sarat pun kasi redah jugak . hehe . Malam tu , bermula lah segalanya . Baru nak lelapkan mata, tiba-tiba rasa pinggang macam nak tercabut. Sakitnya Ya Rabbi , Tuhan je yang tahu . Aku ni pulak jenis yang tak tahan sakit , terus nangis panggil husband . Husband tanya ,
" Nape nangis nie? " "Sakit b . Sakit sangat pinggang. " :(
Husband terus panik dan panggil mak kat bilik sebelah . Mak kata kalau bawak pergi hospital malam nie , confirm kena tahan ni. Mak suruh tunggu dulu , tengok keadaan macam mana sebab belum keluar apa-apa tanda lagi . So, nak tak nak aku terpaksa tahan sakit sampai keesokan harinya . Aku banyakkan berjalan masuk bilik, keluar bilik , masuk bilik keluar bilik . Nak bagi cepat bukaan kata mak .
Lepas solat subuh , mak suruh mandi dan bersihkan mana-mana yang patut sebab lepas ni terus nak gerak ke hospital . Pagi ahad (24 Mac 2015) , husband terus bawak pergi ke GH Melaka . Masa otw tu , zikir tak henti-henti di bibir , dalam hati rasa berdebar takut semua ada .
Bersambung .....
Tunggu next story pulak...:P
Aku tepek gambar sipi-sipi dulu ye . he he
TERIMA KASIH KERANA MEMBACA! :)
KLIK BUTTON LIKE KALAU SUKE...:)