❤PESANAN DARI TUAN TANAH❤

❤Holla my readers n stalkers ..:)
❤Blog ini adalah blog peribadi yang mane kadang2 saya akan bercerita tentang life,
love dan ape yang saye rase saye nak kongsikan ngan korang sume . :)
❤Ahaa..bila masuk ke sini , sila jaga adab anda...:)
❤Korang boleh tinggalkan link korang kat shoutbox ..
❤Saya akan menjejaki jejak anda kembali..:)
❤Kalau rase blog ni menarik, boleh follow and i'll follow back...:)

Macam mana aku boleh lupa nie ?!

Salam .
Hye all . :) 


Di suatu pagi yang nyaman . 

Teet teet teet teet . Handphone baling anjing buruk aku berbunyi . Ohh . Ada mesej masuk .

"Angah , x wish kt babah n mk anniversary perkhwinan ke? "

Jangan tak tahu , mak aku memang pandai bersms ok . Kadang kadang tu , lebih expert dari kami, anak anak beliau . =.=' 

Alamak ! Every year aku takkan miss 31 Jan . Sebab date tu merupakan date penyatuan dua hati mak & babah aku dan  dari situ lah lahirnya kami berenam . :) 

Tapi tahun nie aku boleh lupa .=.=' Maybe terlampau bz dengan keje kan . *bz lah sangat . (tangan ke dada , mata ke atas ) 


Selamat ulangtahun yang ke 25 . 
Semoga berkekalan till jannah ! :) 

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA! :) KLIK BUTTON LIKE KALAU SUKE...:)

Kenangan terindah

Salam . 
Hye all . :) 

Aku nak lupakan pasal kesedihan tu seketika .

Tiba tiba aku teringat zaman aku study dulu . Bila dikenang balik , semuanya indah . :)  Even terpaksa mengharungi esaimen , paper projek , tapi seronok ! :) Tadi aku terbukak satu album dari fb classmate aku mase study dulu . Banyak sangat gambar gambar kenangan kami bersama masa study dulu . Korang nak tengok tak zaman aku selekeh selekeh dulu ? :P hehe . 



Cuba teka aku yang mana 1 ? :P


Sem 1 .
Pic nie time birthday salah sorang classmate aku , yang berbaju hijau tu . :)



Masa nie aku tak ingat sem berapa . Tapi time nie kami dah jadi senior . *lah sangat .:P


Now , masing masing dah ada haluan sendiri . Ada yang dah berkerjaya , further study , n ada juga yang bakal menamatkan zaman bujang masing masing .  


Tapak kaki : Apa apa pon , aku sayang sume kawan kawan aku . 
Tiba tiba rasa rindu pada mereka . >_< . 

Kredit pic : FB Eyra Fylza  
TERIMA KASIH KERANA MEMBACA! :) KLIK BUTTON LIKE KALAU SUKE...:)

Aku dan kesedihan ~

Salam . 
Hye all . :)



Aku rasa nak bawak diri . 
Jauh , jauh dari semua .....


Terima kasih airmata , kerana kau setia menjadi peneman . 

Tapak kaki : Ya Allah , kuatkan hati aku . Aku rasa lemah selemahnya sekarang . Aku perlukan kekuatan . 

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA! :) KLIK BUTTON LIKE KALAU SUKE...:)

Mini Zoo di Bandar Cahaya

Salam .
Hye all :) 


Seingat aku , sekali je aku pernah menjejakkan kaki ke 'bandar cahaya' @ ICT kat Shah Alam . Tu pon, dua or tiga tahun lepas . Masa tu , ICT nie baru sangat diperkenalkan . Tak maju sangat macam yang sekarang nie . 

Kebetulan malam selasa lepas , housemate aku ajak ikot dia gi jalan jalan bawak kawan dia yang datang dari Pahang . Aku ingat nak lepak kat umah diam diam , tapi dia duk risau pulak aku duk uma sorang sorang . Malam malam pulak tu kan . Then , mahu tak mahu , aku pon ikot je la . :)

Kitorang gerak dalam pukul 9.30 macam tu . Sampai je kat ICT , tiba tiba je hujan turun . Aku tengok, makin lebat hujan turun , makin ramai pulak orang datang . =.=' . 

Disebabkan hujan yang lebat , kitorang decide nak masuk ke mini zoo dulu . Harga tiket masuk , lapan puluh hengget sorang . Ok la tu kan . Dengan lapan hengget , dapat la jenguk lebih seratus ekor binatang . *Terasa macam kanak kanak pulak , sibuk nak tengok binatang *. =.=' 


Ok adik adik , jom kite tengok satu persatu binatang nie . :P


Kalo tak silap aku , nama saintifik haiwan nie , Mexican Tarantula . Serius besar labah labah nie ok . 


Yang nie pon spesis spider jugak tapi aku dah lupa nama saintifik dia . 

Mari tengok spesis ular pulak . 


Besar tak ? kalo tak silap , ular nie berat dia 70kg . Dah la besar , berat pulak tu . =.='


Haaaa . yang nie lagi sekor . Aku tertarik dengan warna kulit dia . Unik kan . :) 


Yang nie spesis ular yang kecit pulak . 


RED + YELLOW
. Macam bendera selangor pulak aku tengok kaler ular nie . hehe . :)


Yang nie pulak spesis cicak , *kot . Aku pon tak sure . Housemate aku cakap , benda nie dijadikan ubat untuk penyakit HIV/AIDS . Wallahualam .



Ingat nak naik benda alah nie , tapi apakan daya , aku seorang yang gayat ! =.=' 


Cinderella dengan kereta kuda labunya . :p hehe . Ok, aku tipu . :P
Nie lah housemate aku , kak Hanie . :) 

Tapak kaki :  Tak berpeluang lagi nak masuk 'Snow House' . 

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA! :) KLIK BUTTON LIKE KALAU SUKE...:)

Kenapa ? Kenapa ?

Salam .
Hye all . :)


Pagi pagi mood aku terganggu gara gara nie . 



 Facebook will be soon . 

Apakah ?! Aku try log in banyak kali but hasilnya tetap sama . =.=' Ada sapa sapa tahu kenapa bole jadik cenggini ? Stress kejap ! >_< 

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA! :) KLIK BUTTON LIKE KALAU SUKE...:)

Serina dapat baby girl yang sangat comel ! :)

Salam . 
Hye all . :)



Serina Redzuawan , anak kepada Chef Wan selamat melahirkan baby keduanya yang diberi nama Isabella Safiyya . 

Seriusly , aku tak tahu pon sebenarnya yang Serina nie tengah pregnant anak kedua . Bila aku tengok gambar wedding adik dia , Chef Riz tu , baru aku perasan yang Serina ngah berbadan dua time tu . :) Apa apa pon, tahniah kepada beliau . 


Tapak kaki : Semoga anaknya tu nanti menjadi anak yang soleh dan solehah . :) 

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA! :) KLIK BUTTON LIKE KALAU SUKE...:)

WORDLESS WEDNESDAY *2

Salam .
Hye all . :)


Kakak dan adik . 
Ibarat air dicincang tak akan putus . :) 

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA! :) KLIK BUTTON LIKE KALAU SUKE...:)

Aku , pantai dan mereka . :)

Salam .
Hye all . :)



Sape pandai , cuba teka nie kat mana ? :P hehe . Actually aku baru je pas balik dari picnic n mandi manda kat pantai Tanjung Bidara , Melaka . Sape orang melaka, tau la kot ..:P hehe . 

Nie sume idea daripada pakcik aku . bagus gak idea dia , lagipon family kami dah lama gile kot tak gi picnic same same since abah da transfer ke Melaka nie . Pagi pagi lagi aku dah excited bangun awal , mandi , siap siap . hehe . Aku kot yang paling awal bersiap tadik . :P 

Kami bergerak dalam pukul 9 lebih macam tu . Abah tak dapat nak join sebab last minit dapat call dari ofis , ade kebakaran . So, abah as pemangku ketua balai terpaksa turun padang . Frust sangat sebab abah tak dapat nak join kami . =.=' 




Lepas dah jumpa port yang sesuai . :) 


Terlebih excited jumpa air laut nie . hehe . :P


Aku excited nak main basah basah kaki je . :P


Haaa . Nie la batu belah batu bertangkup . *Ok, aku tipu je . Untuk pengetahuan korang , kat pantai nie memang terkenal dengan batu batunya besar . :)


Nie adik sepupu aku . Kami buli dia cukup cukup  . *Jom tanam dia hidup hidup . 



Cak ! hehe . Yes , kami berjaya menjalankan misi ''tanam hidup hidup " . See , dah tinggal kepala je tu . :P


Kepah ke ape kebenda ntah nie . Mak aku panggil remis . =.=' Sapa tau nama haiwan nie ? :P

After dah mandi mandi , main pasir , makan makan , n kutip remis , lebih kurang dalam pukul 1 lebih macam tu , kami pon berangkat pulang . So, sebelum berangkat pulang , wajib lah posing dulu . hiks . ;) 


Tapak kaki : Bye bye Melaka . Esok nak kena balik KL  . =.=' 
TERIMA KASIH KERANA MEMBACA! :) KLIK BUTTON LIKE KALAU SUKE...:)

Limau mandarin & E-Day ~

Salam . 
Hye all . :)


First of all , aku nak wish 'Gong Xi Fa Cai' kepada seluruh kaum yang menyambutnya hari nie . :) Untung orang Malaysia nie , bila hari perayaan mana mana kaum je, mesti dapat cuti . hehe . Tak kira la Krismas ke , Deepavali ke , mesti satu malaysia yang cuti . 

Bila Chinese New Year nie , yang paling aku suka , dapat berkotak kotak limau mandarin . Yey ! I love it ! ^____^ . Bila dah terlampau banyak , mak akan blend limau tu buat jus . Yummy ! 


Sebenarnya bukan tu yang aku nak cerita dalam entry nie . Aku nak story mory pasal best fren aku since aku kecik kecik dulu sampai la sekarang . Hari nie dia dah pon selamat menjadi tunangan orang . Tak sangka , antara kami berempat , dia yang bakal menamatkan zaman anak dara dulu . :) Alhamdulillah , jodoh dia dulu kan . 

Ada la beberapa keping pic yang aku sempat snap tadi  . Tapi tak sempat nak transfer dalam lappy . =.=' *alasan je . Sebenarnya malas . :P *  Gambar gambar ehsan dari fb adik aku . Ehee . 


Kami berempat . ^___^ . Tak lama lagi tinggal bertiga je . wuuuuu . T_______T


Ambik berkat . :P

Lepas majlis tadi , bergayut borak borak ngan Mr.Right dalam fon . 

Mr.Right : Amboi . Satu hari nie takde khabar berita .  
Aku        : Hehe . Baru balik dari kenduri kawan tunang lah . 
Mr Right : I see . Kita bila lak nak tunang ? 
Aku        : Eh , tanya kite pulak . Tu keje pihak lelaki lah ,
Mr Right : Lah . Kite tanye bile , jawab lah ,
Aku        : Esok , bole ? :P *gatai nooo

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA! :) KLIK BUTTON LIKE KALAU SUKE...:)

Perempuan & Cantik ..

Salam .
Hye all . :) 

Perempuan dan kecantikan memang tak dapat dipisahkan . Kat mana mana pon ade jual produk kecantikan . Yang murah , yang mahal , dan ada gak yang harganya mampu beli la ..

Zaman aku study dulu , macam macam produk kot aku try . Kalo kengkawan aku kate , produk A nie ok , aku try. Kalo yang B punya ok pon aku try . Last last muka dah tak serupa muka dah  . T______T

Until la one day , aku tergerak hati nak cuba satu produk nie . Lepas beberapa bulan aku pakai , alhamdulillah 'parasit' kat muka aku makin menghilang . Ajaib tak ? :P hehe . Dan sampai sekarang , aku setia guna produk nie even kat pasaran makin berlambak dengan bermacam macam produk . 

Safi Balqis . 

Tapi aku lebih serasi ngan warna biru . Produk nie bole dikatakan produk 'turun temurun' famili aku . Kenapa aku kata produk turun temurun ? Sebab mak aku , n adik perempuan aku pon pakai produk nie . :) 

Haaaa . korang pakai produk ape ? Jom share share . ^__^ 

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA! :) KLIK BUTTON LIKE KALAU SUKE...:)

Guna FB untuk tujuan politik ?

Salam .
Hye all . :)


Seperti biasa , bila aku sampai je ofis , aku akan on pc . And first website yang aku akan bukak ialah . : Harian Metro . Belek punya belek , ada satu artikel yang sangat menarik perhatian aku . "Ah Jib Gor facebook baru PM . " Dalam fb pon boleh mengembangkan pengaruh politik . Zaman sekarang nie aku tengok , fb menjadi antara medium terpenting dalam menyampaikan maklumat selain twitter . 

Aku agak tertarik dengan satu petikan nie Kami berharap dengan adanya facebook ini, sebahagian besar masyarakat Cina di negara ini akan dapat mengenali diri perdana menteri sebagai seorang insan biasa,” katanya. 
Apa pendapat korang dengan pernyataan nie ? 

Tapak kaki : Err..korang dah daftar mengundi ? 

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA! :)KLIK BUTTON LIKE KALAU SUKE...:)

WORDLESS WEDNESDAY *1

Salam .
Hye all . :)



Gambar : Smile bird . ^____^

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA! :) KLIK BUTTON LIKE KALAU SUKE...:)

Lebih matang ~ Tiada lagi 'Myra' ...

Salam .
Hye all . :)



11 Januari 2011 , terciptanya blog 'Gulagulahati' nie . Alhamdulillah, sedar tak sedar dah setahun aku berblogging.. Selama setahun juga lah , aku dan blog ini saling berkongsi cerita untuk tatapan semua. Kenapa aku , bukan myra ? 

Memandangkan peningkatan tahun seiring dengan peningkatan usia aku yang hampir mencecah angka 23 tahun, aku rasa aku patut membuat suatu perubahan yang lebih matang , seiring peningkatan usia aku . :)

Tapak kaki : Aku sentiasa berharap , tahun ini akan menjadi lebih baik dari tahun sebelumnya ~ ^_^
TERIMA KASIH KERANA MEMBACA! :) KLIK BUTTON LIKE KALAU SUKE...:)