Salam .
Hye all :)
Sekian lama membiarkan blog tidak berupdate . Dan menyebabkan sorang follower meng'unfollow'kan diri beliau dari blog aku nie . :p heee . Terimakasih kerana menyedarkan aku bahawa kalo blog terbiar tanpa update , follower pon rasa macam , "alaaaa . buang karen je follow blog dia neh . Bukan selalu update blog pon " =.=' .
Actually , ada beberapa sebab yang aku tak sempat nak mengadap 'sweetheart' aku ni beberapa hari . Antara sebabnya , aku telah mengalami sedikit masalah kesihatan yang mana melibatkan sedikit bleeding di bahagian dalaman . Aku nie pulak jenis yang penakot nak jumpe doc , tiga hari lepas tu baru terhegeh hegeh nak gi klinik . T_____T .
Lepas dah gi klinik dan doc pon dah check up bagai , tiba tiba doc tu hulur surat suruh refer pada pakar kat HKL . Kenapa neh?! Serius sangat ke penyakit aku nie sampai kena refer pakar bagai . Aku terus sms mak . 'Mak , angah ada kat klinik nie . Doc bagi surat refer pakar kat HKL. ' Dan berdesup mak aku call . Dan... dan bila dapat bercakap ngan mak aku , aku tak bole nak tahan sebak dah dan terus air mata aku mengalir macam air terjun . +___+ .
Memang aku tak berani nak pegi HKL tu sendiri , lepas tu sorang sorang pulak . Haih . Ikot hati nak je balik Melaka masa tu . Pegi hospital kat sana je , at least mak dan abah bole tolong bawakkan . Dan..dan nasib baik malam tu roomate aku baik hati nak tolong bawakkan aku ke HKL . Alhamdulillah , terimakasih ainna :)
Susah senang , dia sentiasa bersama aku . :)
Malam tu , kena check lagi . Doc suspect mungkin usus aku terluka . Maybe punca utamanya sebab aku suka makan makanan yang pedas dan kurang makan sayur . Dan aku digalakkan minum lebih banyak air masak . Dan mulai dari malam tu , aku terpaksa makan makanan yang kurang pedas . Rasa macam makan makanan hospital . (>______<)
Kejadian nie telah menyedarkan aku bahawa , kite kena sentiase jaga pemakanan kita. Jangan main bantai je makan ape pon .Bila dah kena sakit pape , baru nak menyesal . Baru nak menangis . Macam ada budak tuu . ( aku la tu ) T______T . Dah terhantuk , baru nak terngadah . ~ errkk .
Makan lah mengikut jumlah yang ditetapkan . :)
TERIMA KASIH KERANA MEMBACA! :)
KLIK BUTTON LIKE KALAU SUKE...:)
4 8689 biji gula-gula dari mereka :):
aku taktau pun kalau ade yang unfollow aku.. ikut suka mereka r.. em.. bahaye betul.. kne jage makanan pasni <-- nasihat untuk aku,ko n sume2..
@kay_are
tibe2 follower aku terkurang satu..heee :p
thanks atas nasihat tu :)
ye, mmg kena jaga makan minum. Sebab badan kita nak pakai lama. Minum air masak byk2 mmg penting. Byk minum time siang.
jaga diri baik2 ye awak. jaga pemakanan. :)
Catat Ulasan