Salam .
Hye all :)
Tengah duk sibuk ade keje, tiba tiba aku dapat satu sms . "Tahniah! Anda merupakan pemenang GRAND PRIZE Shell Malaysia sebanyak RM 20,000 . Sila hubungi 01*-284*** untuk mendapatkan hadiah anda . " Aku terus excited . :p 20 ribu tu . Sapa nak bagi kan . Bole buat duit kawen . :p
Aku pon try la call number 01* tu untuk redeem hadiah tu .#kononnya .
Aku : Hello , boleh saya tahu sape di sana ? N kat area mana?
Org B : Selamat siang . Ini Shell Malaysia area Damansara , Kuala Lumpur . *dalam loghat Indon .
Aku : Ouh . Ea ke . Saya nak tahu mengenai SMS Bertuah tu la . Betol ke?
Org B : Bole saya tahu nama cik , no telefon dan no kod yang tertera dalam sms tu .
Aku : Cik Ameerah . 01*-*110*** . no kod : ysz 8675 .
Org B : Ok . Saya udah check , betul . No pon didaftarkan atas nama cik juga kan?.
Aku : Ye, betul . #time nie memang aku tipu . (Saje nak tengok betol ke tak dia check . padahal, no aku didaftarkan atas nama Mr.Right . kehkeh .)
Org B : Tahniah cik Ameerah , kerna anda berjaya memenangi RM20, 000 . Kami akan bank inkan 20 ribu ke akaun cik selewat-lewatnya petang nie . #dengan nada teruja . tak sabar nak rembat duit aku kan .:p
Aku : Ohh . Ok , terima kasih . # dengan nada tak excited langsung . haha . ingat senang nak rembat duit aku . :p
Org B : Cik gunakan akaun apa?
Aku : Maybank .
Org B : Ok, semasa cik ke atm nanti , cik hubungi saya semula .
15 minit kemudian , aku pon call la mat indon tu .
Aku : Haji Ismail eh . Saya Ameerah yang tadi tu .
Org B : Udah di atm ea cik ?
Aku : Ye, saya kat atm neh .
Org B : Ok, cik ikut sahaja apa yang saya katakan ya .
Dan aku pon ikut arahan yang diberi .
Org B : Apa yang ditulis di skrin tu cik ?
Aku : Transaction fail . Pemindahan melebihi had .
Org B : Saya rasa akaun cik tak cukup uwang untuk melakukan transfer . Bole cik masukkan rm500 dalam akaun secepat mungkin ?
Aku : Haaa . Ok . dalam masa 30 min saya masukkan . #aku ikutkan je sebab aku nak kenakan dia . kehkeh . Ingat RM500 tu macam 50sen . :p senang je nak dapatkan dalam masa 30min . :p
Lepas tu , aku terus 'google' toll free Shell Malaysia . Dan terus call untuk pengesahan . hehe .
Dan orang shell yang sebenar-benarnya tu bagitau , ignorekan je kalo dapat mesej macam tu . Tu sume penipu yang nak kebas duit orang .
Kalo korang dapat sms yang mengatakan kononnya simcard korang bertuah ke hape, ignorekan je .
Kalo dilayankan, memang bankrupt lah korang lepas tu. T______T
Dan jangan percaya kat website yang tertulis dalam sms tu .
Tapak kaki : Kesian indon tu , kempunan nak merasa duit aku . kehkehkeh . :p
TERIMA KASIH KERANA MEMBACA! :)
KLIK BUTTON LIKE KALAU SUKE...:)