❤PESANAN DARI TUAN TANAH❤

❤Holla my readers n stalkers ..:)
❤Blog ini adalah blog peribadi yang mane kadang2 saya akan bercerita tentang life,
love dan ape yang saye rase saye nak kongsikan ngan korang sume . :)
❤Ahaa..bila masuk ke sini , sila jaga adab anda...:)
❤Korang boleh tinggalkan link korang kat shoutbox ..
❤Saya akan menjejaki jejak anda kembali..:)
❤Kalau rase blog ni menarik, boleh follow and i'll follow back...:)

Honeymoon : Krabi or Bali ?

Salam .
Hye all :) 


Memandangkan sebulan dua selepas kami diijabkabulkan Mr Right akan kembali berkhidmat menyambung pelayarannya, so kami terpaksa arrange dan manage destinasi awal awal untuk bulan madu kami . Senang , nanti takde lah kelam kabut nak tercari cari nak pegi yang mana satu kan . =)
Pada mulanya, Mr.Right mencadangkan nak tour 1 malaysia , means nak pusing satu malaysia berdua . Tapi bila difikir-fikirkan balik , sempat ke nak tour kan dalam masa sebulan dua. =.=' 

Antara lokasi lokasi yang menjadi pilihan : 

1) Krabi, Thailand 


Koh Phiphi Island , Krabi . 


Krabi menjadi pilihan aku sebab pulau dia memang superb! =) Mr.Right pon kate ok je . Asalkan kami enjoy honeymoon berdua =) 


2) Bali , Indonesia




Tanah Lot, Bali 

Tapak kaki : Bagi pandangan please ...which one should we go? T_________T . Ikot hati, nak je pegi dua dua . =p 

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA! :) KLIK BUTTON LIKE KALAU SUKE...:)

Ya Allah, Kau tabahkan hati gadis ini..

Salam .
Hye all :) 



Tiba tiba status nie naik kat news feed fb aku . Gadis berkenaan ialah gf kepada mangsa nahas kapal Bunga Alpinia   iaitu saudara Muhammad Nazrin Khamsani, 20 yang masih belum ditemui sehingga kini . Bila aku terbaca status beliau , hati aku jadi sayu . Sebab aku faham bagaimana perasaan bila orang yang kite sayang hilang tanpa sebarang berita . Aku juga pernah merasai perasaan itu suatu ketika dulu . :(

NEW UPDATE : 


Alhamdulillah, penantian kita semua telah berakhir dengan berita penemuan arwah cadet Muhammad Nazrin Khamsani , 20 tahun  pagi tadi..Al-Fatihah untuk arwah ...

"Ya Allah ya Tuhanku , Kau tabah dan kuatkan lah hati gadis ini .  Berikan dia kekuatan untuk berdepan dengan sebarang kemungkinan dari Mu.." Amin Ya Rabbalamin..~



TERIMA KASIH KERANA MEMBACA! :) KLIK BUTTON LIKE KALAU SUKE...:)

Nahas Kapal MT Bunga Alpinia di Labuan (26 Julai 2012)

Salam .
Hye all :)


Sedang asyik diulit mimpi , tiba tiba dapat 1 mesej dari mak . 

"Angah , call mak jap . Urgent

Nak call , check kredit dulu . Alamak . Ade 20sen je kredit . Mak pulak guna celcom , aku guna maxis . T____T . Aku pon reply , 

"Ade ape mak? Kredit tak cukup nak call . Mesej je bole? "

Tak lama lepas tu . 

"Kapal Misc meletup dan terbakar. Berita terkini awani . kejadian 2pagi tadi ."

Masa tu aku dah tak fikir lain da , aku hanya memikirkan Mr Right ! Yup , sebab kapal dia pon under company yang same,  Misc  . Laju laju aku bukak lappy , dan on9 fb untuk dapatkan lebih info . 


Info kejadian : 

@Kejadian yang berlaku pada jam 2.30 pagi tu dipercayai berpunca daripada kilat yang menyambar ketika pemunggahan kargo .

@4 orang masih disahkan hilang dan mangsa yang terkorban ialah greaser , saudara Shahril Azmi Baharudin yang berasal dari Melaka .

@Mereka yang masih hilang , Muhammad Nazrin Khamasani, 20 tahun, Kuala Lumpur, Deck Cadet
Mohd Hanafi Khalil, 24 tahun, Melaka, Ordinary Seaman, Zahari Hassim, 46 tahun, Negeri Sembilan, Pump Man dan Colanggoy Errol Calaluan, 22 tahun, Filipina, Able-Bodied 
Seaman596596

*NEW UPDATE :

@Dua lagi mayat telah dijumpai iaitu OS Mohd Hanafi Khalil 24tahun dan Pump Man Zahari Hassim 46tahun..



Bunga Alpinia sebelum dan selepas 


Bayangkan kapal besar yang gah dalam sekelip mata bertukar rupa :( 


Kapal yang gah semakin rebah :( 


Operasi memadam diteruskan ..


Antara krew krew yang terselamat . 



Kredit gambar :  http://perkapalanmalaysia.com 



"Ya Allah Ya Tuhanku , Kau pelihara lah wira wira kami yang sedang berkhidmat di lautan sana . Kau lindungi lah wira wira kami daripada sebarang musibah dan malapetaka ..."


TERIMA KASIH KERANA MEMBACA! :) KLIK BUTTON LIKE KALAU SUKE...:)

Cabaran 1st Ramadhan ! :')

Salam .
Hye all :)


Alhamdulillah, sedar tak sedar hari nie dah masuk hari kedua bulan Ramadhan . Bagi aku , Ramadhan kali nie sangat mencabar . 1st Ramadhan lagi aku dah diuji dengan pelbagai ujian . Sayang betol Allah pada aku kan. :') Secara tak langsung , dosa dosa kecil pon terhapus. ( Insyaallah..) 


1st Ramadhan aku teruji apabila aku terpaksa berbuka puase sorang sorang kat umah sewa . Tragis kan !Untung housemate dan roomate aku sebab diorang dapat menikmati Ramadhan pertama dengan family tercinta . :') . Tapi aku redha , aku tak balik pon bersebab . Kerana menjalankan tugas. :') Raya nanti pon aku terpaksa tak balik jugak . sobsobsob . 


Semalam , juadah berbuka puase aku hanya lah sepinggan kuetiaw goreng (basah sikit) handmade dan juga sekotak jus epal . Cukup lah untuk seorang makan . (^_^) 

Sila pejam mata bile tertengok gambar nie : p 

Pukul 5.30 p.m dah siap masak dah untuk berbuka . Semangat nak berbuka betol . :p . Memandangkan aku duk sorang sorang kat rumah , aku pon dengan malas rajinnya tergerak hati nak cairkan ais yang penuh kat bahagian freezer peti ais . Peti ais kat rumah sewa nie agak 'season' sikit . Al-maklumlah, barang lame kan .  Peti ais nie bile lame lame ais kat bahagian freezer akan menebal dan rupe freezer dah jadi macam gua musang dah . =.=' . Eh, korang bole bayangkan tak macam mana rupa freezer jadi macam bentuk gua ?  T____T .


Aku pon mulakan operasi Ops-Gua Freezer aku tu . Mula mula aku switch off dulu plag peti ais tu . Kalo tak switch off kang , satgi mati kejang pulak . T____T . Cara tu jugak dapat membantu proses pencairan ais secara tak langsung . Aku pon bersiap sedia dengan senjata aku iaitu anak batu lesung dan pisau untuk mengikis ais ais yang kian menebal . 


Tengah asyik mengikis menggunakan pisau , tiba tiba aku terdengar bunyi 'sssssssssssssssssssssssssssshh' diringi sekali dengan bau yang agak busuk . Lepas tu ade pulak macam asap kecil kat bahagian freezer tu . Ya Allah ! Aku syak yang gas kat freezer tu bocor . Abes la ayam , ikan , sayur  , nugget dan hotdog aku dalam tu . >_< . Dengan paniknya  , aku terus tutup pintu peti ais dan jauhkan diri daripada peti ais tu . Takot meletup ke hape nanti kan . sobsobsob . 


Aku terus mesej roomate aku . Mintak dia call sebab kredit aku tinggal 1sen je mase tu . :'( . Then dia terus call .  Masa tu aku dah rasa macam menyesal giler sebab 'pandai' sangat guna pisau tu untuk kikis ais . Sekali , dengan gas gas nya aku kikis . +____+ . Dah la tinggal sorang sorang , lepas tu jadi pulak kejadian nie . Huwaaaaaaaa . Kalo la aku tak guna pisau . =.= ' Sampai sekarang aku rase menyesal giler . :'( . Ape kate housemate housemate aku nanti . >___< . 


Dugaan aku tak berhenti kat situ . Lebih kurang dalam kul 10pm macam tu , aku start nak memasak untuk sahur . Dah siap siap tuang minyak dalam kuali nie . Boleh pulak , gas abes . T_________T . Kesian kat aku . Aduyai 

Jangan lupa niat puase ! :) 


Tapak kaki : Tahun nie tahun terakhir sambut Ramadhan dan beraya sebagai orang bujang :') 
TERIMA KASIH KERANA MEMBACA! :) KLIK BUTTON LIKE KALAU SUKE...:)

Malaysia makin tak selamat? PART 2

Salam .
Hye all :)


Sambungan daripada entry nie

Tiba tiba handphone aku berbunyi ... Rupa-rupanya mak call . 

"Hello . Angah , ade dekat bus stop lagi ke?

"Hello mak . Ha,ah . Ada kat bus stop lagi . Lambat la bas nie . "

"Sorang sorang ke? Hati hati tau . Tadi mak nampak ada satu motor nie ke hulu ke hilir depan umah kite .

"Ye ke? tadi pon ade dua motor ke hulu ke hilir dekat dekat bus stop nie . Takot la mak . :( "

"Jap lagi mak suruh safwan datang temankan .

Tunggu punya tunggu , batang hidung adik aku pon tak nampak . Aku dah makin risau bila lelaki lelaki bermotor tu macam makin rapat dengan aku . Dah la aku sensorang je kan . Petang tu pulak , lengang je tak macam selalu . :( 

Beberapa minit lepas tu , lalu sebuah teksi dan aku dengan lajunya melambai tangan ke arah teksi tersebut . Laju laju aku buka pintu . 

"Anak nak pegi mana

"Pakcik, saya nak ke Melaka Sentral .

"Okey Hari nie bas sume mogok . Ada isu dalaman ape kebenda ntah .

"Ouh..patot lah saya tunggu nak dekat sejam bas tak sampai sampai .

"Tu lah . Nak , tadi masa pakcik nampak anak  dari jauh tadi pakcik dah cakap . " Eh, budak nie berani betol . Dia sorang je pompuan . Kat belakang ada lima orang lelaki ." Kalo anak tak tahan teksi tadi pon, memang pakcik nak berhenti . "

"Ye ke pakcik? Lima orang ? Aduhh ..Saya tak tengok belakang dah mase tu . Takot . :(

"Takpela, sekarang syukur anak selamat n tak ape ape . "

" Alhamdulillah pakcik . Syukur takde pape yang berlaku . Risau jugak , sebab baru baru nie dekat area rumah saya nie ada pompuan kena ragut sampai mati . "

" Haaa . Ada kuar kat tv hari tu pasal berita tu . Hati hati la lepas nie nak . Macam macam boleh jadi . " 

Tiba tiba handphone aku berbunyi lagi . Panggilan dari mak lagi  . 

"Angah , kat mana ? "

"Dalam teksi mak . Lambat lah safwan datang . "

"Dia kalo dah tido , payah nak bangun . Nasib baik takde pape yang jadi . "


Selepas kejadian tu , seriusly aku trauma untuk pegi mana mana sorang diri . Bayangkan, tak jauh daripada rumah pon dah tak rase selamat . 

Pesanan untuk kaum kaum hawa di luar sana , make sure korang jangan ke tempat tempat yang agak sunyi sorang diri . Korang sebenarnya sedang diperhatikan . BE CAREFUL ...
TERIMA KASIH KERANA MEMBACA! :) KLIK BUTTON LIKE KALAU SUKE...:)

Wedding Preps 4 : Idea Goodies Bag (DIY)

Salam .
Hye all :) 


Majoriti persiapan untuk wedding ialah yang beli siap je . Memang tak de masa nak DIY @ Do It Yourself . Tapi , ada bab goodies bag @ beg cenderahati untuk tetamu aku decide untuk DIY . :) Awal awal aku dah pesan kat mak , "mak , tak payah susah susah beli goodies bag yang siap tu . Angah ade plan baik punyee .:D " 

Memandangkan masih ada lebih kurang 4 bulan 2 minggu lagi, aku rasa sempat la kot untuk siapkan 1000 pcs DIY goodies bag . Aminn . Moga dipermudahkan segala urusan .:)

Dan ada beberapa idea DIY goodies bag yang berjaya diperoleh hasil meng'google . 


1) Agak simple kan ? :) 


2) Nice one . Penggunaan doily paper nampak ala ala vintage gitu . heee . 


3) Sesuai untuk birthday party or majlis akikah . 
Meriah tapi aku macam tak rajin nak main tampal banyak banyak macam nie :P 


4) Errr . Macam nie ok ke ? =.=' 



5) Hati macam berkenan dengan yang nie . :P 

Pendapat korang , yang mana satu yang cantek dan simple ea ? :)

Part 2 untuk entry sebelum nie akan disambung nanti :) 


TERIMA KASIH KERANA MEMBACA! :) KLIK BUTTON LIKE KALAU SUKE...:)

Malaysia makin tak selamat? PART 1

Salam .
Hye all :) 





Di mana mana , kita seringkali dikejutkan dengan berbagai bagai kes jenayah yang mana melibatkan kaum wanita khususnya . Kadang kadang aku sering tertanya-tanya , Betol ke bumi Malaysia nie sudah tidak selamat untuk didiami?? Di mana mana pon dah rasa tak selamat . 
Aku bukan tidak bersyukur , malah aku rasa bertuah sebab negara kita nie bebas daripada peperangan , tak seperti negara negara lain . Aman daripada peperangan , tapi tidak aman daripada kes jenayah . =.=' 

Dan aku sendiri pon tak pernah menyangka yang aku sendiri berdepan dengan jenayah tersebut . Siyesly , trauma kejadian yang berlaku 3 hari yang lepas masih berlegar di ingatan . >_< . Kejadian tersebut berlaku tak jauh daripada kawasan rumah aku di Melaka . 

Masa tu aku sedang menunggu bas di bus stop yang tak jauh daripada kawasan rumah aku untuk ke Melaka Sentral . Memandangkan hari pon dah lewat petang , so kawasan tempat aku menunggu bas tu agak lengang daripada biasa . 

Nak dijadikan cerita, hari tu pulak rupanya bas 'mogok' sebab ada kes ape ntah. Aku pon tak sure . Tapi aku memang tak tahu pon yang bas tengah mogok . Aku pon terus tunggu dan tunggu . Tiba tiba ada sorang lelaki berbaju putih bermotosikal lalu depan aku sambil mata dia melilau macam tercari cari sesuatu . Aku tak syak pape , dan buat macam biase jela kan . Then , ada sebuah lagi motor lalu depan aku , tapi kali nie dua orang lelaki berbaju hitam . Tiba tiba handphone aku berbunyi ....

Agak agak apa yang jadi selepas tu? 


Nak bikin suspen jap ...:p 

Nantikan part 2 nanti ea :) 

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA! :) KLIK BUTTON LIKE KALAU SUKE...:)

Wedding Preps 3 : Hunting for barang hantaran

Salam .
Hye all :) 


Yeay ! Finally bulan nie baru dapat spent masa dan duit untuk beli barang hantaran . :p . Dah banyak kali bertangguh .  Mr. Right da siap beli sume dah katanya , aku je yang tak beli satu ape pon lagi . Advance sungguh dia . >_< . Kite beli sikit sikit dulu , so tak terasa sangat duit kuar macam air . T__________T . 

Memandangkan Sogo pulak tengah sale kan , so harus lah menuju ke sana dulu . :p . Mujur lah shopping hari isnin , orang pon tak berapa nak ramai dan tak payah nak beratur panjang panjang kat cashier . ^__^

Tempat first aku terjah dulu haruslah  bahagian 'Men Wear' kan . Memang tu tujuan 'utama' ke sana. Seriusly , rambang mata kot nak memilih . Pergi pon sensorang kan , so takde sesapa yang aku nak mintak pendapat . hukhuk . Nasib baik mak ade , so mintak pendapat mak melalui call je . =.=' . 


My 1st choice . Aku pon try la jugak mintak pandangan promoter kat situ .  

"Kak, ok tak kemeja nie ek untuk buat hantaran ?

"Err . tak minat yang jenis stripe ? Yang nie macam terlalu simple ."

" Dia dah ada kemeja jenis stripe . So, saya prefer nak pilih plain je .

" Ok jugak plain nie . Tapi lebih sesuai untuk buat pegi ofis la . "

Bila dah beli , sampai rumah roomate aku kata , " Brand Durban nie kan , kena beli saiz yang lebih kecik daripada saiz sebenar kite . Contohnya kalo saiz kite M , kena beli saiz S . " 

Dan conclusionnya , aku terpaksa jejak kaki ke Sogo tu balik  untuk refund . =.=' . Nasib baik ada LRT , kalo jalan kaki , memang tak lah kan . 

After refund kat customer service level 7 , aku pon meneruskan pencarian  kemeja yang lebih sesuai . Dan ...dan ....



My 2nd choice .  Aku rasa yang nie lebih ok kot daripada yang 1st one . ^_^

Hal outfit untuk hantaran dah kira settle . Hunting for belt and wallet pulak . Usha usha , belek belek , dan at last hati aku berkenan memlih yang ini . :) 



Done for dua barang hantaran . Perlu mencari 5 barang lagi . Next month please . :p 

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA! :) KLIK BUTTON LIKE KALAU SUKE...:)