❤PESANAN DARI TUAN TANAH❤

❤Holla my readers n stalkers ..:)
❤Blog ini adalah blog peribadi yang mane kadang2 saya akan bercerita tentang life,
love dan ape yang saye rase saye nak kongsikan ngan korang sume . :)
❤Ahaa..bila masuk ke sini , sila jaga adab anda...:)
❤Korang boleh tinggalkan link korang kat shoutbox ..
❤Saya akan menjejaki jejak anda kembali..:)
❤Kalau rase blog ni menarik, boleh follow and i'll follow back...:)

Superb Saturday ~

Salam 
Hye all . :)


Kat umah sewa myra sekarang nie duk sibuk terpekik terlolong pasal bola . Fuh ! Bersemangat betol diorang nie . Myra je yang maintain cool duk dalam bilik sambil update belog . hehe .

Ekceli , bukan tu yang myra nak citer . Tapi myra nak story citer pasal hari sabtu baru baru nie . Ikut planning , myra memang nak sangat balik melaka , jumpa mak , abah n adik adik . Rinduu kat diorang . Tapi bila belek belek purse , alamak . Macam tak jadi je nak balik . (-___-)' Takpe la . Ape bole buat . Macam nie lah hidup merantau kat tempat orang . Kena belajar berjimat cermat . 

Dan saat myra berperang ngan emosi sebab tak dapat balik kampung , tiba tiba sorang ofismate myra , kak Cici text . " Myra , hari sabtu nie jadi tau gi melaka . Kite gerak pagi . " Horey ! Rase macam nak lompat je dari tingkat 4 nie turun ke bawah bila dapat mesej tu . Akhirnya , dapat gak balik . Weeee!~ 


Kitorang gerak dari vista lebih kurang dalam pukul 10 pagi , then amek kak Shida (baju putih) kat Damansara . 

Pastu kitorang pegi wedding salah sorang ofismate kitorang , kak Sarina kat Klebang, Melaka . :)
Dan tak sah lah kalo gi Klebang tu, tak singgah kat coconut shake yang famos amos tu kan . heee .


Coconut shake special - RM2 ONLY ...:)
Lebih kurang 4 petang , kitorang pon sampai ke kampung halaman myra . 
Sampai je rumah , terus plokplok cium mak macam lima puluh lapan tahun tak jumpa . :P


Tengok tu , duk berkepit je ngan mak :P 

Tapak kaki : Congrats harimau malaya ! :)
TERIMA KASIH KERANA MEMBACA! :) KLIK BUTTON LIKE KALAU SUKE...:)

Stoberi cicah cekelat ~

Salam .
Hye all . :) 

"Ainna , nanti belikan stoberi eh mase kat cameron nanti . " Ingatkan ainna buat buat pekak tak dengar je request myra tu .. 
Beberapa hari kemudian ,,,,,,, jeng jeng jeng . (^___________^)



cekelat mencurah curah ke stoberi dan jadi lah stoberi cicah cekelat ! (^_^)


Thanks ainna ! Ainna la kawan myra dunia akhirat . *tibe tibe*

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA! :) KLIK BUTTON LIKE KALAU SUKE...:)

Terima kasih . :)

Pejam celik , pejam celik , dah masuk seminggu myra tinggalkan kampung halaman, mak abah , adik adik dan kawan kawan kat melaka . Alhamdulillah , after sebulan jadi 'penanam anggur' yang berjaya *berjayalah sangat . * :P , myra dapat tawaran kerja . :) 

Mula mula dapat tawaran nie , memang myra dapat tentangan hebat dari mak n abah , memandangkan tawaran kerja tu kat kl . Perasaan myra time tu , berbelah bagi . Nak terima atau reject je . Myra mintak pendapat n pandangan dari kawan kawan , dan kebanyakannya menyokong . Tak kurang juga ade yang membantah . 

Dan syukur , selepas melalui beberapa fasa yang agak memeritkan , myra telah diberi kepercayaan dari mak n abah untuk 'survive' di tempat orang . "Jaga solat , jaga nama mak n abah , jaga maruah diri , hati hati pilih kawan , jangan mudah percayakan orang , pegi mana mana biarlah berteman . " Antara pesanan mak n abah yang sentiasa myra pahatkan di kepala . :)


Tapak kaki : Mood ~ masih dalam kerinduan pada si "dia" . Get well soon ! 

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA! :) KLIK BUTTON LIKE KALAU SUKE...:)

Moga November membawa berita gembira ~

Salam .
Hye all . :) 



Hari nie dah masuk bulan november . Alhamdulillah , syukur kerana kita masih diberi peluang untuk bernafas hingga ke hari ini . Bagi myra , bulan oktober pada tahun nie banyak mengajar myra erti ketabahan , dan kesabaran . Siyesly , ketabahan myra banyak teruji bulan lepas . 

Macam macam peristiwa pahit dan manis yang berlaku di sekeliling myra bulan lepas . Dan peristiwa yang paling tak dapat myra lupakan bila something yang tak disangka terjadi to my Mr.Right . Dan alhamdulillah , myra bersyukur kerana myra masih diberi peluang untuk terus berdiri di sebelah Mr.Right dan sentiasa berada di sisi beliau apabila dia berjaya ditemui dalam keadaan masih bernafas . Syukur kepadaMu, Ya Allah . Allah sentiasa mendengar doa hamba hambaNya . 

Selang beberapa hari kejadian yang menimpa Mr.Right , kami dikejutkan dengan berita kemalangan yang menimpa salah seorang daripada rakan seangkatan Mr.Right (seafarer jugak ) . Klik sini untuk full story .  
Arwah mengalami kemalangan dan meninggal dunia serta merta di tempat kejadian . Dan kejadian tersebut berlaku di hadapan rumah beliau je . Sape sangka kan . Allah dah tetapkan sejak azali lagi bile tarikh , mase dan tempat mati kite . Nauzubillah . 

Tapak kaki : Semoga bulan november ini membawa berita gembira untuk semua , insyaallah . :)
TERIMA KASIH KERANA MEMBACA! :) KLIK BUTTON LIKE KALAU SUKE...:)