❤PESANAN DARI TUAN TANAH❤

❤Holla my readers n stalkers ..:)
❤Blog ini adalah blog peribadi yang mane kadang2 saya akan bercerita tentang life,
love dan ape yang saye rase saye nak kongsikan ngan korang sume . :)
❤Ahaa..bila masuk ke sini , sila jaga adab anda...:)
❤Korang boleh tinggalkan link korang kat shoutbox ..
❤Saya akan menjejaki jejak anda kembali..:)
❤Kalau rase blog ni menarik, boleh follow and i'll follow back...:)

Al-kisah baju nikah dan videographer ..

Salam .
Hye all :) 

Sedar tak sedar dah masuk hari ke-12 syawal kan . Still dalam mood raya lagi . heee ~ Tapi mood raya aku sampai raya ke 3 je, sebab raya ke-4 da kena masuk ofis balik . =.=' .
Memandangkan cuti raya aku sekejap sangat so pantang ade cuti, aku akan balik kampung . Kira macam balas dendam la kan cuti raya tak lama hari tu . :p 

Kali neh aku takmo citer pasal raya raya dah . Bagi aku raya seminggu je . Banyak benda lain yang lebih penting untuk diberi perhatian . Betol tak? Dan antara perkara terpenting itu ialah persiapan untuk majlis aku bulan 12 nanti . Tengok wedding ticket kat sidebar tu , ade lagi 3bulan sehari je yang tinggal , means ade lebih kurang 92hari lagi . Ohhhmaiii . Persiapan pon  baru 35% je  yang settle . =.=' 

Baju nikah 

Bila fikirkan pasal majlis neh , mood raya pon jadi kureng . Gulp .*telan liur . Tapi alhmdulillah masa aku balik Melaka hari tu , hati dah sedikit lega sebab baju nikah dah selamat dihantar ke tailor . Selagi kain tu tersadai dalam beg bawah katil bilik aku tu, selagi tu la aku tak senang duduk . hukhuk . Asal nak gi jumpa tailor je, ade je hal . Takde orang nak bawak la, tailor tu takde kat uma la .Thanks to my only one sister , yang paksa rela menemani kakaknya yang sorang neh pegy jumpa tailor . Ikhlas tak ikhlas tu belakang kira :p . Yang penting hujung bulan 10 neh , macik tu kate dah bole amek baju . Fuhh~ 

Design baju nikah aku pon simple simple je . Kate nak islamik kan , so aku memilih design dress labuh dan macik tu kate nak tambah sikit manik manik dan labuci cket kat dress tu . Tak sabar rasa nak tunggu baju tu siap . Hope rupa baju tu sama la macam yang aku bayangkan . :p . Alhamdulillah, baru settle baju nikah . 

Videographer

Ahad malam hari tu , masa aku baru sampai melaka , petang tu babah bagitau yang videographer merangkap kawan babah nak datang rumah , bincang pasal pakej dan harga . Pada mulanya aku rasa macam , errr . tak payah la kot nak video2 nieh , sebab gambar dah ada kan . Lepas tu, bile fikir balik dan bincang dengan Mr.Right , weols rasa macam nak jugak ada . Bukan ape , selain dijadikan kenang kenangan , bole jugak dijadikan tontonan untuk anak cucu kelak . Tak gitu? :p 

Pacik O.V tu pon kuarkan lah pakej pakej yang ade , dan tunjuk kat aku . Gulpp *telan liur . Harga lebih kurang ngan photographer . Tapi pacik tu kate , jangan risau , amek yang basic pon takpe . Dan dia akan bagi special price . Kata kawan kawan kan . :p hehe . Untuk dua hari , kalo untuk orang lain nak dekat 2K jugak . T___T Lepas tawar menawar , dapat la jugak harga yang ideal . Tu pon bagi aku still mahal lagi . hewhew . Saya kan b2b bajet . huhu . Nak spent more untuk life lepas kawen nanti . Ada sesapa yang sudi nak sponsor? :p 

Tapak kaki : Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 55 tahun :)

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA! :) KLIK BUTTON LIKE KALAU SUKE...:)

Cerita di sebalik 1 Syawal 1433H

Salam .
Hye all :) 

Rasanya belom terlambat untuk aku wish 'Selamat Hari Raya' kat korang ! :) Hari nie genap seminggu kita meraikan hari kemenangan nie kan . Tahun nie hari raya aku sangat simple dan sederhana . sumpah taktipu* Mana taknya , raya first pon kena keje . (actually dapat je cuti tapi aku me'rajin'kan diri untuk bekerja lebih masa , ganti ofismate yang baru nak merasa cuti raya tahun nie .) *Baik tak aku? :p 

Di pagi raya, orang sibuk sibuk bersiap ke masjid untuk solat hari raya , aku dalam LRT , otw ke ofis . Sedih kan. wuuuu~ T____T . Dalam LRT toksah cakap la, agak lengang daripada biase . huhuhu . Ramai penghuni kota dah selamat pulang ke kampung halaman masing masing , aku je yang terkontang kanting kat kl nie . >_< . 

Nasib menyebelahi aku bila aku dapat keluar daripada ofis seawal jam 12.30 p.m .  Alhamdulillah , means aku sempat lah merasa raya pertama bersama family tercinta di Melaka . Yeay! :) . Tapi dalam hati cuak jugak la sebab aku tak beli tiket lagi . Sapa tak cuak , mana tau tiba tiba tiket sold out . Tak ke naya aku ni nanti . T______T . Jom pegi TBS dulu , baru tahu citer ! 


Masa otw ke TBS , aku terpaksa bernafas ikut mulut . Fuhhh~ tahu kenapa? Sebab kat dalam LRT penuh dengan mat bangla , mat vietnam , macam macam mat lah . Adoiiii . Aku terasa macam pelancong di negara sendiri . ┌(‾-‾"٥)┐.  Yang si bangla nya bau kari (tengik) , yang si vietnam nya kemain kuat bau sirihnya . (˘_˘")


Sampai je kat TBS, aku berjalan dengan pantasnya ke kaunter . Sampai je kat kaunter , panjang sungguh 'Q' nya . Nak tak nak aku terpaksa beratur sama . Yang wat aku jadi bertambah tambah cuak , orang yang beli tiket kat depan aku kebanyakannya aku tengok , blah sambil wat muke seposen . Ahh sudah . (T____T) 


Sampai turn aku pulak . " Tiket ke Melaka Sentral hari nie ada lagi tak kak? " " Ada , tapi paling awal dan paling last pukul 6.00 p.m dik . " "Paling awal lagi takde ke?? " "Nie je yang tinggal dik . Tu pon tinggal lagi 4 5 tiket je. " Jadi , nak tak nak aku terpaksa lah beli tiket tu sebelum ianya kehabisan . Terus aku kerling jam di tangan . Baru pukul 1.55 p.m . =.=' Ohhh . Ada lebih kurang 4 jam aku terpaksa tercongok kat TBS yang penuh sesak dengan umat manusia nie . 

Dan alhamdulillah , lebih kurang pukul 8.00 p.m aku selamat sampai di kampung halaman kat Melaka . \(•ˆ▿ˆ•)/ . Sampai je rumah , meriah dengan kehadiran sepupu sepapat dari JB yang nak beraya di Melaka tahun nie . (^___^) 



Suasana di malam raya :) 



Cousin from Johor :) Mengalahkan budak kecit pulak :p 


Go Iman Go ! (^____^) Kasi serang rumah sebelah ! hehehe 


Pak Ibik's family from Jb :) 


Memandangkan aku tak dapat merasa 1st raya , so di raya kedua lah baru aku dapat beraya sakan yang tak berapa nak sakan lah . Kan aku bagitahu tadi , raya tahun nie sederhana jeee . Sakan pon sampai raya kedua je . =.=' Raya ketiga dah kena balik KL semula . T_____T


Gambar ini menampakkan betapa tingginya mereka berdua berbanding aku . =.=' 

Photo credit to : Fb cousin . :p sorry uols! heee~

Tapak kaki :

Ini tahun last raya aku sebagai anak dara . Next year raya sebagai 'bini orang' pulak . Insyaallah :) 

SELAMAT HARI RAYA ,MAAF ZAHIR BATIN (^_^)  
TERIMA KASIH KERANA MEMBACA! :) KLIK BUTTON LIKE KALAU SUKE...:)

After 5 years, we meet again :)

Salam . 
Hye all :)


Minggu lepas , iftar bersama ofismate tersayang di seksyen 7 Shah Alam .  Minggu nie iftar bersama member member kamceng masa PLKN (2007) pulak . :) Lama giler kot asal plan je tak menjadi . Masing masing ada je hal . Finally , alhamdulillah Tuhan makbulkan hasrat murni kami  semalam untuk iftar bersama sekaligus ber 'gathering' selepas hampir lima tahun tak jumpa . ^.^' . Tempat pertemuan kami buat julung julung kalinya ialah di ...



CHOP N STEAK ,KG BARU 

Sampai je , kedai agak full house jugak lah . Nasib baik aku da booked dua hari sebelum . Masuk masuk je , tengok nama aku no.2 tertera kat board . heee :) 


Belek belek menu , siyes tak tahu nak makan ape . Mula mula niat nak makan chicken chop . Tengok tengok list menu , terpandang  roasted chicken . Saje nak try test macam mana rasenya kan . So, aku pon order la roasted chicken . Not bad la rasa dia kan . :)


Masa mula mula plan , macam ramai je yang nak join . Tup tup yang datang semalam enam kerat je . (sorang lagi yang tukang snap gambar nie . :p )


Sibling forever ^.^'  ( Kak Ngah , Kak Long & Adik ) 

Since dari kem lagi kami bertiga memang rapat . Lima tahun tak jumpa , rasa macam berpuluh tahun tak jumpa . Rindu giler nak gelak besar sesame , heee . :) 


Kami yang giler camera :p 


After dah makan makan , gelak gelak , story mory pasal life memasing , kitorang bergambar sekeping dua kat depan 'The Ship' nie b4 balik . :) 

Tapak kaki : Insyaallah, nanti kite jumpa lagi ^_^ 

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA! :) KLIK BUTTON LIKE KALAU SUKE...:)

Menternak lemak di Yazid Burger Seksyen 7

Salam .
Hye all :)


Lama aku peram entry nie . Tak berkesempatan nak online kat rumah sewa . Wifi sangat lah lembap macam siput . =.=' . Bila masuk ofis baru dapat update dengan senang hatinya . hewhewhew .^____^

Setelah sekian lama asyik tangguh plan untuk berbuka bersama ofismates tersayang ,akhirnya ahad yang lepas , kami berjaya merealisasikan hasrat murni kami untuk berbuka sesame . ^____^ . 
Dan lokasi pilihan kami untuk berbuka ialah ....Yazid Burger yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam . Betul betul di belakang UNISEL

Kami gerak dari KL lebih kurang jam 5.30 petang dan sampai di sana sekitar jam 6.15 petang . Nasib baik ada bantuan GPS  kalo tak,  mahu sampai lepas waktu berbuka . =.=' 

Macam tak percaya je masa mula mula sampai . Yela , selama nie just dengar orang sibuk memperkatakan pasal YB nie . Nah , akhirnya dapat rasa dan menikmatinya depan mata . heeee ~ 



Nah, amekaw ! Kitorang order burger daging black pepper dan BBQ 1kg . Untuk 1kg berharga RM40 . 500gram berharga RM20 dan 250gram berharga RM10 . 1kg nie hidangan untuk 4 orang atau lebih . 
Ada jugak yang jenis set disertakan sekali dengan air dan kentang goreng bermula dari harga RM7.50 dan ke atas . 



Cik kak  yang bertanggungjawab membawa kitorang ke sane . =)
Takde diorang , tak sampai la kitorang ke sana . =p 


Adik adik manis yang sedang memulakan upacara memotong 'kek burger' =p



Haaaa . yang nie baru betol upacara potong 'kek burger' oleh si birthday girl ! ^_^


Rupa kek burger yang telah siap dipotong . Yummeeyy ! 

Fair and square kan . Masing masing dapat bahagian sama rata =p


Agak agak , yang mana 1 air minuman aku ? =p 

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA! :) KLIK BUTTON LIKE KALAU SUKE...:)