❤PESANAN DARI TUAN TANAH❤

❤Holla my readers n stalkers ..:)
❤Blog ini adalah blog peribadi yang mane kadang2 saya akan bercerita tentang life,
love dan ape yang saye rase saye nak kongsikan ngan korang sume . :)
❤Ahaa..bila masuk ke sini , sila jaga adab anda...:)
❤Korang boleh tinggalkan link korang kat shoutbox ..
❤Saya akan menjejaki jejak anda kembali..:)
❤Kalau rase blog ni menarik, boleh follow and i'll follow back...:)

Bila hati mula berubah...

Salam .
Hye all :) 






Last entry , a weeks ago . :p 
Seriusly , aku rasa macam masa  melarikan diri daripada aku . Macam macam benda aku kena uruskan , sampai abes annual leave aku kerjakan . Nasib kau lah labu . =.=' . 

Dan sekarang , baru aku tahu betapa 'pening' dan 'serabut'nya nak buat persiapan kahwin nie . Hewhew~! Kadang kadang tu , mak dan abah sampai bertekak , mak kata nak A, tapi abah pulak nak B . T______T . Mungkin situasi begini adalah normal untuk parents yang first time nak uruskan persiapan kawen anak mereka. =.=' . 

Baru baru nie , aku balik Melaka untuk menguruskan beberapa urusan yang berkaitan . Dan syukur alhamdulillah , finally aku berjaya juga mendapatkan khidmat MUA yang dah lama aku idamkan . :p . Bila MUA tu bagitau yang tarikh aku nanti still ada kekosongan, aku terus bayar deposit laju laju . Bukan ape , takot jatuh ke tangan orang lain . Kang menangis kuar air mata darah pon tiada guna . :p 

Boleh dikatakan pasal bridal , settle! Just tunggu Mr. Right balik Nov nanti , dan gi fitting baju sesama :) 
O.P pulak , still in progress . Deposit pon aku just bayar separuh dulu sebab nak booked date . Takot full pulak nanti kan . So far , masuk ni dah kali ketiga aku asyik bertukar tukar O.P . Aku nie pulak jenis yang rambang mata , nampak yang tu cantik , terus zapp . Pastu , tengok yang lain lebih cantik , zapp yang tu pulak . =.=' . Dan finally , jumpa jugak yang betol betol berkenan di hati . (^____^) . Gambar pon awesome! (^____~) . 





Awesome kan ? (^______^) 

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA! :) KLIK BUTTON LIKE KALAU SUKE...:)

Dah terhantuk , baru terngadah ..

Salam .
Hye all :) 


Sekian lama membiarkan blog tidak berupdate . Dan menyebabkan sorang follower meng'unfollow'kan diri beliau dari blog aku nie . :p heee . Terimakasih kerana menyedarkan aku bahawa kalo blog terbiar tanpa update , follower pon rasa macam , "alaaaa . buang karen je follow blog dia neh . Bukan selalu update blog pon  " =.=' . 



Actually , ada beberapa sebab yang aku tak sempat nak mengadap 'sweetheart' aku ni beberapa hari . Antara sebabnya , aku telah mengalami sedikit masalah kesihatan yang mana melibatkan sedikit bleeding di bahagian dalaman . Aku nie pulak jenis yang penakot nak jumpe doc , tiga hari lepas tu baru terhegeh hegeh nak gi klinik . T_____T . 



Lepas dah gi klinik dan doc pon dah check up bagai , tiba tiba doc tu hulur surat suruh refer pada pakar kat HKL . Kenapa neh?! Serius sangat ke penyakit aku nie sampai kena refer pakar bagai . Aku terus sms mak . 'Mak , angah ada kat klinik nie . Doc bagi surat refer pakar kat HKL. ' Dan berdesup mak aku call . Dan... dan  bila dapat bercakap ngan mak aku , aku tak bole nak tahan sebak dah dan terus air mata aku mengalir macam air terjun . +___+ .



Memang aku tak berani nak pegi HKL tu sendiri , lepas tu sorang sorang pulak . Haih . Ikot hati nak je balik Melaka masa tu . Pegi hospital kat sana je , at least mak dan abah bole tolong bawakkan . Dan..dan nasib baik malam tu roomate aku baik hati nak tolong bawakkan aku ke HKL . Alhamdulillah , terimakasih ainna :) 
Susah senang , dia sentiasa bersama aku . :) 


Malam tu , kena check lagi . Doc suspect mungkin usus aku terluka . Maybe punca utamanya sebab aku suka makan makanan yang pedas dan kurang makan sayur . Dan aku digalakkan minum lebih banyak air masak . Dan mulai dari malam tu , aku terpaksa makan makanan yang kurang pedas . Rasa macam makan makanan hospital . (>______<) 


Kejadian nie telah menyedarkan aku bahawa , kite kena sentiase jaga pemakanan kita. Jangan main bantai je makan ape pon .Bila dah kena sakit pape , baru nak menyesal . Baru nak menangis . Macam ada budak tuu . ( aku la tu ) T______T . Dah terhantuk , baru nak terngadah . ~ errkk . 




Makan lah mengikut jumlah yang ditetapkan . :) 

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA! :) KLIK BUTTON LIKE KALAU SUKE...:)

Still in progress ~

Salam .
Hye all :)


Memandangkan majlis aku hanya tinggal beberapa bulan je lagi , so aku dah mula prepare sikit sikit supaya tak kelam kabut nanti . Aku pon tak sangka yang majlis akan secepat ini . (Hujung tahun, insyaallah..)

Actually, kami merancang untuk berkahwin bulan 3 tahun depan . Lepas tu, bincang bincang balik , nak buat bulan 1 pulak  memandangkan Mr.Right sign off bulan 11 nie . Cuti pon 3 bulan je . Memang tak dapat la nak buat bulan 3 kan. Tup tup, FMIL kata kalo bole nak buat majlis dalam tahun nie jugak . Tak kisah la bulan 11 or bulan 12 . Lebih cepat lagi bagus katanya .  

Bajet nak buat lagi 7/8 bulan dari sekarang , tup tup makin cepat pulak . =.=' . Bukan lah aku tak bersetuju untuk buat majlis lebih awal , just faham faham jela kan kalo persiapan last minit . Tak ke haru jadinya . huwaaaa . >_< . 

Ada orang kata , sepatutnya 6bulan sebelum majlis dah bole tempah baju nikah ( if taknak beli yang dah ready made ) . Tapi aku baru terkial kial nak beli kain . Dan kain pon kebetulan aku beli kat Jakel masa balik Melaka minggu lepas . 


Grey plus white . Kain dah beli , tempahnya entah bila . =.=' 

Tapak kaki : Doakan moga dipermudahkan segala urusan ~ aminnn . 

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA! :) KLIK BUTTON LIKE KALAU SUKE...:)

Main kasar nampak!~

Salam .
Hye all :)


Fb dah menggila balik . Dulu pon pena kena macam ni jugak . Ada jugak aku deactive terus balik ni kang . Ggggrr ~ Ada sesapa tau solutionnya? Help!~ 

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA! :) KLIK BUTTON LIKE KALAU SUKE...:)

Ada apa dengan 8 Jun?

Salam .
Hye all :) 

Since aku and Mr.Right berpacaran , aku dah siap siap set kat kepala yang 8 June merupakan date yang harus aku ingat tiap tiap tahun . Masuk tahun nie , dah masuk kali ke3 aku wish him n bagi hadiah ..Eh, tapi tahun ni tak dapat nak bagi hadiah ontime sebab dia takde kat Malaysia . huwaaaaa . >_< .Dan setakat ni tak pernah lagi nak celebrate sesama . :') Tunggu next year jela , lebih barakah sebab bole celebrate as hubby and wifey . :) 
Celebrate atau tak , sume tu tak penting asalkan aku tak pernah lupa untuk wish kat dia . kan3? :p



Hadiah last year . Tahun nie nak bagi ape ea? *Masih difikirkan* . 

"Awak , hari nie genap 26tahun awak hidup kat dunia nie . Syukur alhamdulillah , moga Allah sentiasa panjangkan usia awak untuk jaga saya kelak . Dan doa yang sering saya panjatkan setiap kali selepas solat , semoga jodoh kite dipanjangkan hingga ke akhir hayat dan usia kite sama sama dipanjangkan untuk kite sama sama mengecap bahagia hingga ke syurga kelak .. Aminn . ~ " Selamat hari lahir , bakal imamku! :) "

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA! :) KLIK BUTTON LIKE KALAU SUKE...:)

Makan kenduri jom ! :)

Salam .
Hye all :) 

Bila aku  tengok gambar gambar kenduri kat umah aku yang sepupu aku upload dalam fb semalam , siyes aku jeles . =.=' . Sedih sebab aku takde . >______< . Ye la kan, bukan selalu dapat kumpul saudara mara . Masa kenduri kendara and raya je la dapat jumpa. Apa boleh buat , tuntutan kerja yang memaksa aku untuk tak pulang ke kampung . *terlebih hiperbola pulak

Tambah pulak family sebelah abah aku  keluarga besar . Adik beradik abah aku je dah 18orang . Tapi tinggal 15 orang je sekarang kalo tak silap, tolak yang dah meninggal . Al-Fatihah . So , kalo time kenduri atau raya memang rumah aku akan meriah . Sebab saudara mara yang jauh dekat sume turun padang .:) 

Aku kasi korang cuci cuci mate je la nengok gambar masa kenduri semalam ea . :p 



Orang orang perempuan sibuk menolong sediakan lauk pauk sementara orang lelaki sedang membaca doa kat depan . :) 


Family kami still gunakan cara hidangan makan dalam dulang setiap kali kenduri kendara . :) 


Tangan dan mulut sesama berjalan . :p 


Antara 'orang orang kuat dapur' mase kenduri semalam :) 

Tapak kaki : Cazen aku pon ada gak up entry pasal kenduri ni

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA! :) KLIK BUTTON LIKE KALAU SUKE...:)

Asal cuti sekolah je, mesti banyak orang kawen .:p

Salam .
Hye all :)

Aku tak nafikan , ramai yang memilih untuk buat kenduri kahwin pada musim cuti sekolah . Kadang kadang aku rasa macam , cuti sekolah nie adalah hari untuk orang berkahwin . Eh . Masa aku balik Melaka minggu lepas, berderet kad tersusun kat atas meja . Abah aku dah siap siap susun ikut tarikh da. hehe .Takot keliru katanya . 


Abah bising bila aku sepah-sepahkan kad kad neh . Sorry abah, penat abah susun . :p 

Minggu lepas je, kat sekitar rumah aku ada lebih kurang 5 buah rumah kot wat majlis . Hari yang sama pulak tu . =.=' . Seronok lah , sebab hari tu dapur tak berasap sebab makan nasik minyak je. :p 

Tapi aku malas nak pegi yang dekat dekat tu . Sebab kebetulan kawan aku masa kolej pon kawen jugak hari yang sama . Ramai pulak yang janji nak pegi same , so wajib la pegi . Esok esok turn kite pulak , kawan kawan datang kan . ^_____^ . 


Bole buat mini gathering tuuu . ^_____^
Kredit to : Cik Nurul


Gambar pengantin harus la ade kan . :p .Aku takde, takpe :p 
Kredit to : Cik Nurul

Menjelang usia 23tahun nie, memang agak ramai kawan kawan seangkatan aku yang dah mula melangkah ke alam rumahtangga . Ada yang dah bertunang , yang dah berkawen , yang dah beranak pinak . Fuhh~ . Seronok tengok masing masing dapat 'kebahagiaan' mereka sendiri . :) 

Aku ? Fuhh . Insyaallah , dah sampai serunya nanti, aku jemput korang semua ea . Jangan tak datang lak :p 

Tapak kaki : Semakin dekat . 6bulan lagi . >_< 

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA! :) KLIK BUTTON LIKE KALAU SUKE...:)

JJCM * Ikan Bakar Crystal Bay..

Salam .
Hye all :) 


Sekali sekala berbelanja untuk family tak salah kan ? :) Maklum lah , semenjak dah bergelar wanita bekerjaya neh . :p hehe . So , aku memang dah pasang niat da nak belanja family aku 'makan besau' bila dapat gaji bulan 5 nanti . 

Khamis malam jumaat yang lalu , mak aku macam tau2 je yang aku nak belanja makan kat luar , so mak aku tak masak malam tu . :p hehe . Kami decide nak pi makan kat port biasa yang selalu kami makan , iaitu Ikan Bakar Crystal Bay , Alai , Melaka . 


Kalo korang nak makan yang sedap sedap tapi harga berpatutan, memang kedai alaa..kassim neh pilihan yang tepat .*Promote sikit . :p hehe .  Setiap kali datang sini , memang seat tak pernah kosong . =.=' 


Banyak pilihan kan ? :D . Harga pon berbaloi baloi . 

Antara menu yang kami order ialah : 

Ikan siakap masak tiga rasa
Kerang rebus
Sotong goreng tepung 
Ikan Pari Sambal
Kailan goreng belacan
Nasi lemak 
 Fresh orange dan jus tembikai (2 jag besar ) 


Adik adik kesayangan yang sedang sabar menanti makanan . :p


First hidangan yang sampai . Kerang rebus . Masing masing dah kelaparan, terus kami serbu kerang neh sampai ada orang kat meja sebelah tu tegur ''Aii . Takkan makan kerang je kot " Ceiit . Penyebok betol . =.=' 



Siakap tiga rasa . Kerang rebus dah habes baru ikan neh sampai . =.=' 
Orang tu kata kalo nak cepat , better booked awal awal dulu . 


Licin ! Hehe . Lapar punya pasal :p 


Unexpected bila dapat bil ! hehe . Bajet dalam rm200 ++ , sekali rupanya rm100.50 je tau . 
Tapi dia totalkan sume sekali rm100 je . Murah kan ? :) 

So , memang aku suggest if kalo korang nak cari ikan bakar yang sedap tapi harga berpatutan kat melaka,  pi  kat Crystal Bay neh . Memang berbaloi baloi  . :D

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA! :) KLIK BUTTON LIKE KALAU SUKE...:)