❤PESANAN DARI TUAN TANAH❤

❤Holla my readers n stalkers ..:)
❤Blog ini adalah blog peribadi yang mane kadang2 saya akan bercerita tentang life,
love dan ape yang saye rase saye nak kongsikan ngan korang sume . :)
❤Ahaa..bila masuk ke sini , sila jaga adab anda...:)
❤Korang boleh tinggalkan link korang kat shoutbox ..
❤Saya akan menjejaki jejak anda kembali..:)
❤Kalau rase blog ni menarik, boleh follow and i'll follow back...:)

Azmah Ahmad Wedding Decor Contest~

Salam .
Hye all :)


Jika dikira kira , nie merupakan contest pertama yang aku join dalam tahun nie . Lama kot tak join contest . :)
Aku join contest nie sebab tertarik dengan reward yang ditawarkan .

Kalau tak dapat 1st, 2nd n 3rd prize pon, ada 3 hadiah saguhati yang disediakan . :)

FREE RENTAL BANTAL NIKAH yang bernilai RM30/pcs

Syarat-syarat contest : 

1) LIKE OUR FAN PAGE AZMAH AHMAD WEDDING DECOR & EVENTS -done!

2) BE OUR FOLLOWERS
FOR BOTH BLOG -done!

3) WRITING AS SIMPLE AS YOU CAN ABOUT YOUR DREAM WEDDING THEME IN YOUR BLOG
TAK ADA BLOG? DONT WORRIES, EMAIL JE CERITA ANDA ITU DEKAT KAMI at azahmad.weddingdecor@gmail.com
UNTUK YANG TULIS DEKAT BLOG KORANG TU, EMAIL JUGA LINK ENTRY TU DEKAT azahmad.weddingdecor@gmail.com - done!

4) SETIAP CERITA/ENTRY KORANG TU, SILA SERTAKAN 
~ 1 GAMBAR WEDDING THEME ANDA~
~ NAMA KORANG & PASANGAN~ done!

Actually , pada asalnya warna tema untuk hari bahagia aku tahun depan (insyaallah) , aku memilih pink silver plus white . 


After discuss ngan Mr Right , dia tak berapa nak setuju sebab dia geli betol ngan warna pink nie . =.=' .So, aku terpaksa melupakan hasrat untuk ade warna pink untuk wedding aku nanti . sobsobsob . 

Dan after pening pening dan rambang mata memilih , aku decide untuk pilih warna purple dan turqoise untuk majlis sebelah aku nanti . :) 


Bride : AMEERAH FARHANAH BTE SUBOH (Aku)

Groom : MOHD TASSRIF BIN MOHD RUSHDI (Mr Right

Tapak kaki :  Tarikh tutup contest 25 Mac 2012 . Hopefully sempat . =.=' 

*UPDATE* Korang bole mengundi aku kat link nie kat FB..


Hanya LIKE photo je..mudah kan ? :) 

Thanks pada yang LIKE ! ^________^

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA! :) KLIK BUTTON LIKE KALAU SUKE...:)

Rumahku Syurgaku ~

Salam .
Hye all :)


Aku dan mak kerap berhubung. Kalau bukan mak yang call , aku la yang akan call mak . Tapi selalu nya mak lah yang kerap call aku . :p hehe . Mak mana lah yang tak sayang and risaukan anak gadis beliau yang jauh dari pandangan mata beliau kan ? Luv u mom !

Memandangkan bil telefon dah berbayar semula  after 3months tak bayar , dapat lah aku gosip gosip ngan mak dengan lebih kerap . kehkehkeh . Borak punya borak , tiba tiba terkeluar pasal rumah kami yang sedang direnovate . "

Mak : Angah , rumah kita dah lawa
Aku  : Ye ke ? Alaaa . Ni yang tak sabar sangat nak balik nie . 
Mak :Time cuti lama sikit balik lah . 
Aku : Mak , nanti mms gambo umah kita kat angah nanti eh . 

Tak lama kemudian . 

Dapat mms dari mak ....






Yang ni bahagian dapur . Alhamdulillah, rezeki lebih sikit . :)


Ruang istirehat bersama keluarga . 

Nak bergolek golek pon bole . :p hekhek . 

Tapak kaki : "Hati aku dah ada kat Melaka ~ "

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA! :) KLIK BUTTON LIKE KALAU SUKE...:)

PJJ : Cinta Jarak Jauh ❤

Salam .
Hye all :) 



Percintaan Jarak Jauh . Dulu , aku tak percaya dengan PJJ nie . Siyesly , sape lah yang sanggup nak jauh jauh dengan orang tersayang , plus gelfren busybody  macam aku nie yang nak 24/7 nak tahu apa yang si dia tengah buat kat sana , dah makan ke belom , keluar pegi mana dan bla bla bla . Tapi last last kena dumped jugak . Setia bagai nak rak , last last dia play three wood nun di sana . =.=' 


Itu dulu . Sekarang pon aku still dapat orang jauh . Ye, mungkin aku ditakdirkan dapat yang jauh jauh . Untuk menguji sejauh mana tahap kepercayaan aku pada si dia . But sekarang nie dah tak heran sangat pon , sebab sekarang hampir 70% orang mengalami hubungan 'PJJ' nie termasuk lah aku . ^_____^ .

Bagi aku , dalam setiap hubungan tak kira lah jarak jauh, mahupun jarak dekat , kepercayaan kepada pasangan kita tu sangat penting . Dan one important thing , jangan mudah percaya cakap orang . Kita kena siasat dan selidik betol betol dulu . Jangan terus mengelabah dan percaya . Yela kan , manusia nie rambut sama hitam , hati lain lain . Siapa tahu , manusia manusia tu sebenarnya cuba untuk merosakkan hubungan kita kan . Wallahualam . 

Pernah ada kawan kawan aku bertanya kat aku , "Tak jeles ke tengok orang lain dating ?" Eh, kau percaya ke kat dia kat sana , entah entah dia tengah dating ngan pompuan lain . " Amboiii . Tak sayang mulut langsung . =.=' . Tapi aku hanya mampu tersenyum . ^____^ dan berkata dalam hati , "I know him better . "

Sapa kata PJJ nie tak bole dating ? Bole aje dating tapi dating thru skype je la . Lagi best . :p Dapat makan same same , minum same same , tapi sorang kat sini , sorang kat sana la . Macam nie . :) 


GF : Kamu , kite ade bear . Kamu hado ? hehe
BF : Eh . Kamu ingat  kamu je hado , kite pon ade jugak lah . Werkk! :p

Dan tiap tiap malam mesti macam nie . ^___________^

Tapak kaki : Ehem . Ada sapa sapa PJJ jugak ? Jom kongsi cerita . :) 
TERIMA KASIH KERANA MEMBACA! :) KLIK BUTTON LIKE KALAU SUKE...:)

Al-Kisah Aku & Pen-Pal~

Salam .
Hye all :) 

Sejak dua menjak nie , mood untuk berblogging semakin hambar . Aku pon tak tau kenapa . Kat kepala otak nie macam macam nak tulis , tapi bila log in blog je, terus mood tu mati . =.=' . 

Dan hari nie , aku paksa jugak mood tu 'hidup' balik . hehe . Aku taknak blog nie terabai begitu je . Bertuan tapi serupa tak bertuan . *Sigh lagi .

Tapi bukan tu sebenarnya yang aku nak gebang story dalam entry aku nie . Korang pernah dengar tak pasal pen-pal atau nama lainnya sahabat pena ? :) 




Dulu dulu , masa zaman sekolah , aku suka wat 'pen-pal collection' . Masa kat sekolah dulu , setiap minggu kat koop akan ada jual magazine berbentuk knowledge lah . Aku pon dah lupa nama majalah tu . 

Tapi aku tak beli pon . Dulu dulu , mak bagi duit sekolah cukup cukup untuk buat belanja makan je . =.=' . So, aku amek inisiatif pinjam majalah tu kat library . Free je , tak payah susah susah nak beli . :p 

sumber : google .

Aku akan belek majalah tu kat bahagian belakang sekali . Kat situ ada ruangan ala ala tambah kenalan macam tu la . Ada nama , alamat , nama sekolah dan tarikh lahir . Rambang mata nak memilih . Heee .*gatal !

So, aku bantai pilih je la mana nama nama yang sedap dan pelik pelik . Pastu catit kat note book details diorang . Pas siap siap pilih dalam tiga empat orang , aku terus ke koop pulak untuk beli setem dan sampul surat bunga bunga . * Kalo untuk setem dan sampul surat memang aku tak berkira .:P 

Balik rumah je, terus amek kertas kajang / test pad , then tulis surat dua tiga perenggan . Pen-pal nie yang bestnya, sebab kita dapat tambah kenalan secara tak langsung even tak bertemu muka . Pas dah siap tulis 'karangan' tu , aku amek bedak wangi kat bilik mak aku , then tabur sikit kat surat tu . Macam surat cinta  pulak kan . :p .




Beberapa minggu lepas tu, surat yang aku hantar berbalas . :) Dan sampai sekarang aku masih simpan surat tu dalam 'peti simpanan' aku .:p hehe . Tapi sayang sekali , abis je sekolah dan sampai sekarang aku terus 'lost contact' ngan sahabat sahabat pena aku . =.=' 

Tapak kaki : Sekali menaip , kemain panjang pulak entry aku nie . =.=' 
TERIMA KASIH KERANA MEMBACA! :) KLIK BUTTON LIKE KALAU SUKE...:)

WORDLESS WEDNESDAY *4

Salam .
Hye all :) 

Nasik goreng kosong campur telur dadar 

'Lauk' tengah bulan . :p
TERIMA KASIH KERANA MEMBACA! :) KLIK BUTTON LIKE KALAU SUKE...:)

Kerja oh kerja .

Salam .
Hye all :)

16jam bekerja tanpa henti . Mata letih , badan penat . Mengantok toksah cakap lah kan . Orang lain syok syok layan mimpi , berdengkur dengkur diulit mimpi . 

Aku ? Terpaksa menahan kantuk yang semakin tenat . =.=' . O.t sampai berpuluh puluh jam aku pulun . Takpe , sementara aku masih muda,  kudrat masih larat ,  berpuluh puluh jam o.t pon tak de hal punya . heeee . 

Tapi takpe . Sambil kerja , boleh layan muvee . Dan kunyah kokopai . ^________^


Tapak kaki : Dah jadi fevret aku tiba tiba . :p

Waktu entry nie ditaip : 3.50 a.m (9/3/12)

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA! :) KLIK BUTTON LIKE KALAU SUKE...:)

One parcel received ~

Salam .
Hye all : )


Teet teet teet teet . Handphone aku berbunyi . "1 mesej diterima" . `Myra , akak dah selamat pos dah . Sok sampai lah tu .' 

Dan keesokan harinya ..........
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*






Dapat parcel nie kat atas meja ofis . Yeay ! ^__________^


Tapak kaki : Ce teka apa kandungan parcel nie ? :p 
Sape dapat teka dengan betol , aku belanja gulagula duaposen . :p hehe

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA! :) KLIK BUTTON LIKE KALAU SUKE...:)

Main masak masak ..

Salam . 
Hye all :) 

Dulu dulu , kalo seseorang gadis atau anak dara tu tak pandai memasak, memang orang akan pelik . Tapi zaman sekarang dah terbalik . Kalo gadis tu pandai masak , orang pelik . =.=' . 

Dan bagi aku , takde peliknya sebab memang wajib untuk seseorang perempuan itu ada ilmu memasak dalam dirinya . Tak perlu lah nak terer sangat memasak macam Chef Wan ke , Chef Riz  ke . Asalkan reti memasak dah memadai . :) 

Macam aku dulu , masa stay ngan family , memang aku tak berpeluang nak memasak sendiri . Kecuali time mak aku takde kat umah . But since dah stay kat umah sewa, tambah pulak hidup kat KL yang kos sara hidupnya sangat lah HIGH  , automatically nya aku berpeluang untuk masak ikot selera aku sendiri . ^____^. 


sambal kerang campur petai . 


Ikan talapia masak tiga rasa *yang tak berapa nak jadi



Kari ayam  *first try

Memang sangat jimat ok . Beli barang barang dapur untuk seminggu kat mini market or pasar malam, then masak lah apa yang nak dimasak . 

Tapak kaki : Agak agak dah lulus tak ? ngeee ~ ^__________________^
TERIMA KASIH KERANA MEMBACA! :) KLIK BUTTON LIKE KALAU SUKE...:)

WORDLESS WEDNESDAY *3

Salam .
Hye all :)


Bambam dah makin membesar dan makin pandai bergaya :) 


TERIMA KASIH KERANA MEMBACA! :) KLIK BUTTON LIKE KALAU SUKE...:)

Ekspress Date !

Salam. 
Hye all :)

AWAS , ENTRY MENGADA ~

Yes! Akhirnya nie merupakan entry pertama aku untuk bulan Mac . :p hehe . Busy sangat mengedate ngan Mr Right . Nasib baik lah kami jarang sangat jumpa , kalo tak memang terbengkalai blog nie aku kerjakan . :p

Akhirnya dapat gak jumpa ngan encek Boifreng selepas berbulan bulan tak jumpa . Tu pon kebetulan , Mr Right turun KL untuk buat preparation for next shipping dia . Means , tak lama je lagi Mr Right akan sailing balik macam dulu . T________T . 

Mampukah aku jadi kuat dan tabah seperti sedia kala ? =.=' Bakal 'ditinggalkan' untuk 6 bulan macam dulu ? Insyaallah, AKU MAMPU ! 



Dear, i'll miss u a lot .........

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA! :) KLIK BUTTON LIKE KALAU SUKE...:)