❤PESANAN DARI TUAN TANAH❤

❤Holla my readers n stalkers ..:)
❤Blog ini adalah blog peribadi yang mane kadang2 saya akan bercerita tentang life,
love dan ape yang saye rase saye nak kongsikan ngan korang sume . :)
❤Ahaa..bila masuk ke sini , sila jaga adab anda...:)
❤Korang boleh tinggalkan link korang kat shoutbox ..
❤Saya akan menjejaki jejak anda kembali..:)
❤Kalau rase blog ni menarik, boleh follow and i'll follow back...:)

Speechless | Entry Pendek

Salam .
Hye all :) 




Tidak terkata . I'm speechless . Bila teringat balik kejadian semalam , aku jadi malu . *blushing
Tak pernah pernah terjadi macam neh kat aku , tapi semalam .....tiba tiba lidah aku jadi kelu . Nak bersuara tapi suara tak bole keluar , mungkin tak nak keluar kot . =.= . Nak menangis ke , nak ketawa . Perasaan itu bercampur baur . Tapi seriusly , masa tu hati aku berbunga bunga . :) 

Aku nak share ngan korang , tapi ....biar korang berteka teki , ok tak ? :p 

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA! :) KLIK BUTTON LIKE KALAU SUKE...:)

Teman Tapi Mesra | Simsimi

Salam .
Hye all :) 

Weekend minggu ni, aku terpaksa bekerja . =.=' . So, faham faham jela bila kena keje hari weekend memang agak bosan la kan sebab keje tak banyak . Dan i need someone to talk talk and gossip gossip .  (speaking london sat . pinjam ayat kr ) :p

Dan aku pon borak borak lak ngn cik simsimi  . Simsimi neh, yang bestnya kita borak lah apa apa topik pon, dia akan reply macam human weyh . :p 




Kami pernah 'couple' dulu . :p 


Haha . yang ni serius kelakar . Siap 'datang bulan' bagai . kehkehkeh . 


Dan yang paling best , sume loghat dia pandai . :p 

Tak macam cleverbot yang suka merapu , maki hamun bagai . Lain yang ditanya, lain yang dijawab . =.=' 


Tapak kaki : Aku rasa 'chatting' ngan Simsimi neh lagi best daripada 'chatting' ngan manusia yang asik asik mintak no.phone  or nak berkenalan . =.=' 


TERIMA KASIH KERANA MEMBACA! :) KLIK BUTTON LIKE KALAU SUKE...:)

Wedding Preps 2 : Official Photographer

Salam .
Hye all :) 

Pemilihan O.P atau Official Photographer untuk wedding adalah sangat penting bagi aku dan mungkin untuk korang jugak kan . :) Yela, mesti nak gambar yang berkualiti dan awesome untuk wedding korang nanti . Tak gitu ? :) . 

Sementara majlis masih jauh lagi ( 8bulan lagi ) , aku masih search-ing O.P yang awesome dan yang penting AFFORDABLE . Less is more, right ? :) 

Dan untuk O.P , my wedding planner a.k.a my mom dah pesan awal awal , "Toksah nak ambek O.P yang jauh jauh . Kang nak kena support duit tol/minyak, support duit hotel blablabla " hehe . Nasib baik mak ade . Kalo aku yang handle sendirik , memang aku rembat je mana mana yang berkenan di hati . :p 




Photo by : Digital Syndicate


Ada juga yang mempertikaikan , kenapa harga/upah untuk O.P neh berbeza beza ? 

Ok, meh cheq nak habaq mai kat hangpa semua noo . 

First , harga bergantung pada kualiti peralatan yang digunakan . Sebagai contoh,  misalnya O.P tu meletakkan harga yang agak rendah , bawah 500, kebanyakkan mereka neh gunakan teknologi lama , iaitu film SLR .Kualiti film SLR tak sama dengan digital SLR. Kebiasaanya O.P jarang menggunakan lense mahal 

Second , harga yang ditawarkan mengikut jumlah roll . (1 roll = 36 keping) .Upah & Pakej Harga juga ditetapkan berasaskan jumlah kuantiti gambar yg ditawarkan, biasanya bersaiz 4R untuk majlis perkahwinan. Walaupun digital kita masih kira roll untuk memudahkan pemahaman. Harga semasa bagi 1 roll bergantung rapat kepada faktor no 1, yang menggunakan peralatan murah mereka akan charge paling murah rm180 hingga rm200.

Third , Pakej yang ditawarkan . Pakej juga mengambil peranan dalam penetapan harga. Jika ada custom album terlibat dalam pakej, anda akan dapati harga servis menjadi mahal .Ini kerana photographer mengambil upah menyusun atur gambar dan edit gambar untuk menjadikan satu album penuh.Upah custom album ditetapkan dari rm400 sehingga paling mahal rm800 . So, kalo korang rasa nak cut cost sikit bole lah just mintak soft copy dari O.P dan cuci sendirik . Tapi kualiti gambar tak seberapa la . >_< . 

Tapak kaki : Pssst . Aku dah book satu O.P neh . Nasib baik dalam melaka jugak .
Kalo tak,  tahan telinga jela kena bebel ngan W.P aku tuh . :p  

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA! :) KLIK BUTTON LIKE KALAU SUKE...:)

Sebuah 'Kehilangan'

Salam . 
Hye all :) 

Since M.R kembali berkhidmat di samudera bulan lepas , tiada lagi 'dating' untuk kami . 'Berdating' by phone dan emel jela .=.=' . 

Dan yang paling membuatkan aku terasa 'kehilangan' apabila kapal yang membawa M.R bergerak meninggalkan bumi Miri setelah sebulan anchor di situ . Hanya sebulan je dapat berhubung by phone , dan since semalam kami terpaksa berhubung via emel a.k.a cik amos sahaja . >_< . 


Seri Balqis, take care of my 

Yang tak bestnya emel amos neh , tak boleh nak taip panjang panjang , dan tak bole attach file . =.=' 
Kuno betol , katanya . Kalo anto hari neh , esok baru sampai kepada penerimanya . =.=' . Memang sadis, tapi apa boleh buat, itu je cara yang ada untuk kami berhubung each other . Redha ~ :)

Masa sebulan anchor kat Miri , setiap pagi M.R akan meminta tolong aku untuk call dan mengejutkan beliau dari tido . Kiranya aku neh macam 'alarm clock' la . :p . Dan itu dah menjadi semacam rutin harian untuk aku :) 

Dan start malam dinner tu, last kami dapat berhubung by phone . >_< . Dan bermula lah episod men'refresh' inbox emel setiap hari . heeee . 


"Awak, kite nak mintak maaf sangat pasal malam tuh . Kite tahu awak terasa sangat dengan kite . Nampak ketara sangat perubahan emosi awak malam tu . Yes, kite admit itu salah kite . Tak mo marah marah lagi ea sayang . :) Awak jangan risau , kite sentiase ingat batas batas kite . As ur future wife . (Insyaallah..) 
Awak , kite dah mula terasa 'kehilangan' awak . Terasa sangat phone tak berbunyi dan nama awak naik di skrin phone kite . :'( . Semalam, kite terjaga je dari tido terus call number awak untuk kejutkan awak macam  biase , tapi ....yang kedengaran hanyalah suara operator . >___< . Rupenya kite terlupa yang kite dah tak dapat contact awak macam biase dah . :'( . Jaga diri baik baik kat tempat orang , jaga solat , sentiasa ingat Allah, family awak dan tak lupe kite yang sentiasa menanti kepulangan awak enam bulan lagi . :'(  . Always missing u......"



Tapak kaki : Ya Allah , tolong lindungi bakal 'imamku' yang sedang berkhidmat nun jauh di sana . AMIN~ 

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA! :) KLIK BUTTON LIKE KALAU SUKE...:)

Dinner | Bollywood & Cowboy Nite :)

Salam .
Hye all :) 

Buat julung julung kalinya aku join dinner anjuran tempat kerja aku yang bertempat di Kristal Hall, TM Convention Center malam semalam . :) Julung julung kali la sebab aku pon baru je lagi keje kat situ . Baru setengah tahun . hehehe . 

Tema untuk dinner tahun nie ialah "When East Meet West" . Waaa . time dapat tahu  pasal tema dinner nie, aku tak tahu nak pilih yang mana  . Bollywood or Cowgirl . :p

Ofismate aku ramai yang decide nak pakai cowboy suit je . Yela, senang n cut cost . :p Kalo bollywood neh, baju lagi, aksesorinya lagi . Banyak ongkosnye tu . 

After berminggu minggu berfikir, aku decide nak try bollywood suit . Puas lah gi carik kat masjid india tu . Cari punya cari, jumpa lah kat satu kedai india neh . Yang aku berkenan tu la yang mahal . =.=' . Tapi memang meletopsss lah . 

Tapi bila difikir-fikir balik , buat apa nak beli mahal mahal . Pakai sekali je pon kan . Takkan nak pegi ofis nanti pakai liplap macam tu . =.=' 

Dan , akhirnya aku beli punjabi suit je . Bole buat baju raya sekali . :p kehkehkeh . 

Jom tengok gambar gambar dinner semalam :) 



Orang orang kuat neh :)

Dari kiri , Mama Bijak dan Sis Yeoh .:) 


My ofismate yang bertukar menjadi 'cowboy girl ' malam tadi :) 


Bergambar kejap dengan pemenang 'Best Dress' :) 
Melaram habes kakak neh .  hehe :p


Ok . Aku paling pelik kat situ . =.=' 






Tapak kaki : Kualiti gambar tidak memuaskan , tangkap pakai kamera hp je pon . =.='

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA! :) KLIK BUTTON LIKE KALAU SUKE...:)

Pengajaran untuk semua ! Jangan terpedaya !

Salam .
Hye all :) 

Tengah duk sibuk ade keje, tiba tiba aku dapat satu sms . "Tahniah! Anda merupakan pemenang GRAND PRIZE Shell Malaysia sebanyak RM 20,000 . Sila hubungi 01*-284*** untuk mendapatkan hadiah anda . " Aku terus excited . :p 20 ribu tu . Sapa nak bagi kan . Bole buat duit kawen . :p 

Aku pon try la call number 01* tu untuk redeem hadiah tu .#kononnya .

Aku    : Hello , boleh saya tahu sape di sana ? N kat area mana? 
Org B : Selamat siang . Ini Shell Malaysia area Damansara , Kuala Lumpur . *dalam loghat Indon .
Aku    : Ouh . Ea ke . Saya nak tahu mengenai SMS Bertuah tu la . Betol ke? 
Org B : Bole saya tahu nama cik , no telefon dan no kod yang tertera dalam sms tu .
Aku    : Cik Ameerah . 01*-*110*** . no kod : ysz 8675 . 
Org B : Ok . Saya udah check , betul . No pon didaftarkan atas nama cik juga kan?.
Aku    : Ye, betul . #time nie memang aku tipu . (Saje nak tengok betol ke tak dia check . padahal, no aku didaftarkan atas nama Mr.Right . kehkeh .) 
Org B  : Tahniah cik Ameerah , kerna anda berjaya memenangi RM20, 000 . Kami akan bank inkan 20 ribu ke akaun cik selewat-lewatnya petang nie . #dengan nada teruja . tak sabar nak rembat duit aku kan .:p 
Aku     : Ohh . Ok , terima kasih . # dengan nada tak excited langsung . haha . ingat senang nak rembat duit aku . :p
Org B  : Cik gunakan akaun apa?
Aku     : Maybank . 
Org B  : Ok, semasa cik ke atm nanti , cik hubungi saya semula .

15 minit kemudian , aku pon call la mat indon tu . 

Aku    : Haji Ismail eh . Saya Ameerah yang tadi tu .
Org B : Udah di atm ea cik ? 
Aku    : Ye, saya kat atm neh . 
Org B : Ok, cik ikut sahaja apa yang saya katakan ya .

Dan aku pon ikut arahan yang diberi . 

Org B : Apa yang ditulis di skrin tu cik ?
Aku    : Transaction fail . Pemindahan melebihi had . 
Org B : Saya rasa akaun cik tak cukup uwang untuk melakukan transfer . Bole cik masukkan rm500 dalam akaun secepat mungkin ? 
Aku   : Haaa . Ok . dalam masa 30 min saya masukkan . #aku ikutkan je sebab aku nak kenakan dia . kehkeh . Ingat RM500 tu macam 50sen . :p senang je nak dapatkan dalam masa 30min . :p

Lepas tu , aku terus 'google' toll free Shell Malaysia . Dan terus call untuk pengesahan . hehe . 

Dan orang shell yang sebenar-benarnya tu bagitau , ignorekan je kalo dapat mesej macam tu . Tu sume penipu yang nak kebas duit orang . 


Kalo korang dapat sms yang mengatakan kononnya simcard korang bertuah ke hape, ignorekan je . 

Kalo dilayankan, memang bankrupt lah korang lepas tu. T______T



Dan jangan percaya kat website yang tertulis dalam sms tu . 

Tapak kaki : Kesian indon tu , kempunan nak merasa duit aku . kehkehkeh . :p 

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA! :) KLIK BUTTON LIKE KALAU SUKE...:)

Finally...theme colour...

Salam .
Hye all :)


Setiap kali mak call, mesti mak akan bertanyakan soalan yang sama . "Angah nak warna tema apa neh?

Seriusly, aku nie pulak jenis yang rambang mata . Gggrr . Hari tu, masa join contest , kemain lagi aku nak kaler turqoise + purple . Tapi tengok tengok balik macam ... errrr . ok ke x, ok ke x . =.=' 


Memang aku nak ada warna biru lembut untuk majlis aku nanti . Then, discuss balik ngan mak . After discussion , kami decide untuk memilih warna biru lembut ( baby blue) plus white campur silver


Dapat pulak wedding cake macam neh, biru biru lembut gitu , phewww! (^__^) 

Tapak kaki : So far , aku pilih warna nie . Yes, muktamad! tak mo tukar tukar dah . :p 

Ya Allah, permudahkan segala urusan kami . Aminnn . 

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA! :) KLIK BUTTON LIKE KALAU SUKE...:)

Selamat Hari Guru, Teacher !

Salam .
Hye all :) 


Sedar tak sedar , rupanya dah hampir enam tahun aku meninggalkan zaman persekolahan . Zaman yang mana banyak manis dan pahitnya . :) Kadang kadang bila teringatkan kembali zaman persekolahan, aku hanya tersenyum .:) 

Teringat pada sorang cikgu Geografi aku yang agak garang orangnya . Hampir satu kelas pernah didenda gara gara tidak menyiapkan tugasan yang diberikan . 'Ketuk ketampi 100 kali kat luar kelas sekarang ! ' 

Tak kira pelajar lelaki , pelajar perempuan sume kena termasuk lah aku .:p kehkehkeh . Lepas 100 kali ketuk ketampi tu, nak turun naik tangga kaki rasa macam nak tercabut . >_< . Balik je, mengadu kat mak . "Mak, sakit kaki . Cikgu denda ketuk ketampi 100 kali sebab tak siap kerja sekolah . " sambil buat muka mintak simpati ."Padan muka . Tula, sape suruh malas buat keje sekolah . " Sobsobsob . >_< 


Setiap tahun masa sekolah , selalu mindset kat kepala , 16 Mei mesti tak payah bawak beg pegi sekolah sebab mesti cikgu tak mengajar punya . hehe . :p . Pernah la masa Hari Guru , aku punya la malas gila nak gi sekolah . Dan buat cuti umum sendirik . :p " Mak, hari nie angah malas nak gi sekolah . Mesti cikgu tak buat kelas hari nie. Sebab hari Guru kan .


Dan yang paling aku tak pernah lupa , masa aku sekolah rendah dulu . Tengok kawan kawan lain bagi cikgu hadiah, aku pon sibuk nak bagi hadiah . Tapi takde duit nak beli hadiah . Habes sabun mandi wangi ( yang masih belum digunakan ) kat umah aku rembat dan bungkus pakai kertas warna buat pembalut hadiah . hehe . 

Nasib la cikgu tu dapat ' hadiah special ' tu . Ok ape kan , bila cikgu tu mandi guna sabun yang aku hadiahkan, cikgu tu mesti ingat kat aku . :p  

Stop cerita kejap. :p Aku nak buat ucapan 'SELAMAT HARI GURU'  kepada guru guru yang pernah mengajar aku di SK (P) Methodist 1 Melaka , SMK Tun Tuah Melaka , SMK Wakaf Tapai, Terengganu dan para pensyarah di Kolej Universiti Islam Melaka . :) # ada macam dedikasi kat radio tak ? :p 


To my BFF yang juga bakal dan  bergelar guru , SELAMAT HARI GURU . :) 
Aku sayang korang sangat sangat !  ^_^ 


Tapak kaki : Selamat Hari Guru juga untuk Mr. Right yang pernah jadi 'guru sandaran' sekejap masa dia cuti hari tu . :) Happy Teacher's Day, Cikgu Tassrif ! hehe . ^_^

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA! :) KLIK BUTTON LIKE KALAU SUKE...:)

BERTUNANG | Adat atau Adab?

Salam.
Hye all :)





Bila aku post pasal kawen , sume kengkawan tertanya tanya . "Eh, bila masa tunang? Dah tunang ke? ""Tak tunang eh terus kawen? " Aku hanya mampu tersenyum . :) 

Okey okey . Actually memang aku belom bertunang lagi . Tapi aku dah dirisik oleh family Mr Right bulan Julai tahun lepas . :) Kitorang memang ingat nak bertunang, tapi family kedua belah pihak suggest buat sekali ngan nikah . 


Kenapa ? Sebab ..

No. 1 : Lebih memudahkan . Yela , kami kan duk jauh jauh . Sorang timur , sorang selatan . Tambah pulak , tuntutan keje beliau yang sebegitu .(6bulan di laut ,3bulan cuti ). So, agak susah nak cari date yang sesuai . 

No. 2 : Orang kata bertunang nie , dugaannya maha hebat . Dan aku macam trauma pulak dengar orang bertunang bertahun tahun, lepas tu putus di tengah jalan . >_< . #mintak dijauhkan . 

No. 3 : Kalau nak bertunang , nak kena pilih date yang sesuai . Kang panjang pulak ceritanya . So, baik buat sekaligus . Benda baik , jangan ditangguh tangguh . :) . Bercinta lama lama pon, tak manis kan . :) Jadi, ada baiknya kami 'halalkan' ikatan kami nie . Tak gitu ? :p

No. 4 : Dapat saving untuk kehidupan selepas kawen . Sebab kehidupan lepas kawen nanti lebih banyak kena spent duit . betol tak ? :) so, bagi aku yang penting ijab dan kabul tu . 


Aku pernah terbaca ade satu artikel dalam satu blog nie yang mengatakan : 

"kalau nak bertunang tak perlu melalui keluarga pun tak apa. Bertunang adalah perjanjian antara lelaki dan perempuan yang berjanji akan berkahwin. Once lelaki dan perempuan berjanji untuk berkahwin, itu dah dikira bertunang. Segala majlis bla bla tu adalah sampingan je. Begitu gak dengan cincin. Tak perlu cincin bagai tu. Dan hantaran pertunangan lagi lah tak perlu nak banyak-banyak. Kalau nak gunakan sebagai 'hadiah', benda yang simple-simple pun dah cukup. "

Apa komen korang ? 

Tapak kaki : Hari hari merupakan hari ibu bagi aku . Angah sayang mak ! :) 

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA! :) KLIK BUTTON LIKE KALAU SUKE...:)

Musim buah kuini . :)

Salam .
Hye all :) 

Aku dah mula rindukan kampung halaman aku . :( .Even baru je balik minggu lepas, tapi aku rase macam dah setahun tak balik . :p #over tau . Dan kebetulan pulak time aku balik minggu lepas, tengah musim buah mangga . Ouh ye .#nada kerek . Kat umah aku kat Melaka tu memang 'kaya' dengan buah mangga a.k.a mempelam. Macam macam jenis ada . Kuini la, dodol la , epal la , melaka delight la . :p hehe . 


'Yang nie buah kuini '.#kata maknya . :p


' Nak buah nie? meh datang umah pakcik' #kata babahnya . :p

Tapi sekarang yang tengah lebat musim kuini lah . Kuini ni kat depan umah pon ade , kat belakang umah pon ade . :) Kadang kadang bila tiba musim dia , sampai satu baldi babah kutip . Banyak sangat sampai terpaksa bagi kat jiran jiran . 



sumber : google

Bila tiba musim, memang rasa tak heran sangat sebab dah terlampau banyak . Tapi cuba kalau bukan musim nya, time tu la teragak nak makan . >_< . 

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA! :) KLIK BUTTON LIKE KALAU SUKE...:)

Wedding Preps 1 : Nikah Outfit

Salam .
Hye all :) 

Masih ada 8 bulan 2 minggu sebelum majlis . Fuh . (sambil tiup tudung ) . Tapi satu apa pon tak prepare lagi . Ada kenalan yang bagi suggestion buat checklist untuk memudahkan . Tapi takpe lah . Aku buat satu satu dulu . Bagi aku yang penting , majlis akad nikah tu nanti berjalan lancar dan selamat . :) 


Aku ada jugak disscuss ngan my mom merangkap wedding planner tak berbayar aku , untuk akad nikah nanti nak buat ala ala arabic kot . heh . Maksud aku , lebih bersifat Islamik . :) Dan untuk baju nikah , aku decide nak tempah sendiri . Luckily adik perempuan aku ade kenalan tailor yang teror menjahit baju untuk nikah . :) So, harga bole lah runding runding . Less is more .  Hehe . :p

Ni antara contoh contoh design baju nikah yang agak 'match' sikit ngan tema untuk akad nikah aku nanti . ^_^



sumber  : google 

Semua pon cantek kan . Rambang mata untuk memilih . >_<

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA! :) KLIK BUTTON LIKE KALAU SUKE...:)

SAVE THE DATE !

Salam . 
Hye all :) 

Diam tak diam , tak sangka kita dah masuk ke pertengahan tahun 2012 . Dah masuk bulan Mei . Lepas tu jun , julai , ogos , september , oktober , dan november . Perasan tak aku ade boldkan beberapa bulan yang tertentu ? 


Jun , bulan kelahiran Mr.Right . Dan seperti tahun tahun yang sudah , weols tak pernah merasa celebrate sesame . Macam tahun lepas , aku hanya mampu pos hadiah je . =.=' Dan tahun nie , rasenya tak dapat nak bagi hadiah on time birthday dia . Sebab ..... sebab........sekarang dia dah sailing semula . wuuuuu . >_< . 
So, hadiah terpaksa dipostpone , dan tunggu dia balik 6bulan lagi . 


Ogos pula , bulan kelahiran my mom dan my little bro yang no. 5 . Mereka berkongsi bulan yang sama . ^_^ . 
Hadiah pon bole lah kongsi kongsi kan ? :p hehe . 


Oktober . Ehem . Bulan yang sangat sangat bermakna untuk aku . Ya, dan korang kena TAKE NOTE ye . :p 
Sila siap siapkan hadiah yang besau :p .


November ialah bulan yang paling aku nanti nantikan . Fuh ..Ce teka kenapa ? :p . 
Jeng jeng jeng . 
Kepulangan my seafarer . Yeay !  :D . Mr.Right pulang ke tanah air dan , kami hanya ade sebulan lebih je lagi time tu untuk rushing for our big day ! Hope sumenya berjalan dengan lancar . :) 


Psst . Korang jangan terkezut ea if lepas nie blog aku akan bertukar kejap kepada B2B blog . :p hikhikhik 

Tapak kaki : Err . sorry bukan entry bergambar . :p 

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA! :) KLIK BUTTON LIKE KALAU SUKE...:)