❤PESANAN DARI TUAN TANAH❤

❤Holla my readers n stalkers ..:)
❤Blog ini adalah blog peribadi yang mane kadang2 saya akan bercerita tentang life,
love dan ape yang saye rase saye nak kongsikan ngan korang sume . :)
❤Ahaa..bila masuk ke sini , sila jaga adab anda...:)
❤Korang boleh tinggalkan link korang kat shoutbox ..
❤Saya akan menjejaki jejak anda kembali..:)
❤Kalau rase blog ni menarik, boleh follow and i'll follow back...:)

Satu LIKE , sangat bernilai :)

Salam .
Hye all :)

Aku ada join satu contest kat fb anjuran kadkahwinmu .
Dan macam biase, kalau join contest kat fb nie mesti penilaian pemenang ditentukan melalui jumlah like terbanyak . :)
So, aku nak mintak jasa baik korang sume, follower -follower aku or silent reader aku yang ada account fb tu , untuk 'LIKE' kisah cinta aku dalam contest tu .:)

Just follow step kat bawah nie :


Pada yang dah like tu, sayang korang lebih lahh ! ^_^


TERIMA KASIH KERANA MEMBACA! :) KLIK BUTTON LIKE KALAU SUKE...:)

Jom masak PAPRIK !

Salam 
Hye all :) 

Mood memasak datang bila menjelang tengah tengah bulan . Cuba kalau time awal bulan or hujung bulan , asyik makan luar je . :p . Kesian ayam dan ikan dalam peti sejuk tu , tak bersentuh . Dapur pon jarang la berasap . :p hehe . 

Dan semalam , tibe tibe aku rasa teringin nak makan paprik ayam . Kebetulan ade pasar malam pulak , so aku pon beli la bahan bahan untuk memasak paprik . 

Antara bahan bahan yang diperlukan : 

Kacang panjang (Aku beli 4batang je . untuk hidangan dua orang ) 
Bawang putih
Bawang merah/besar
Oyster (Sos Tiram)
Cili Blend ( cili kering yang dikisar)
Kicap
Garam & Gula
Cili merah & Cili Padi
Ayam yang dipotong kecik kecik . 

Firstly , panaskan minyak . Tumiskan bawang putih dan bawang merah yang ditumbuk hingga naik bau .
Kemudian , masukkan satu sudu cili blend , sedikit sos tiram dan 1/4 air dan dua sudu kicap . Kacau sehingga sebati .

Step seterusnya , masukkan kacang panjang dan ayam yang sudah dipotong kecik kecik tadi . Masak dalam suhu api yang perlahan supaya ayam empuk . :) 

Then , masukkan pula sedikit garam dan gula secukup rasa . Untuk pekatkan kuah , taburkan tepung gandum sedikit . Sebagai hiasan , taburkan sedikit cili merah dan cili api yang telah dihiris halus . :) 

Tips : Untuk lebih 'kick' bole letak daun limau purut . ^_^

Dan nie lah hasilnya . :

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*



Nyam nyam . Jemput makan . :p 
TERIMA KASIH KERANA MEMBACA! :) KLIK BUTTON LIKE KALAU SUKE...:)

B.E.N.C.I .

Salam . 
Hye all :)



Benci . Satu perkataan yang sering terkeluar daripada mulut aku . Even mulut aku sering terkeluar perkataan itu , tapi aku tak pernah maksudkannya . Mulut kata benci , tapi dalam hati sayang , rindu . Aku sedar , kerana kelantangan mulut aku yang selalu mengeluarkan perkataan yang satu tu menyebabkan dia mula menyampah , meluat dengan sikap aku yang lancang bila berbicara . =.=' . 


Maafkan aku sekali lagi . Kini perasaan bersalah mula menyelubungi diri . Kerana mulut , badan binasa . Kerana mulut juga , hati orang lain terluka . Mungkin ini pengajaran untuk aku : Berfikir dulu sebelum bercakap . Dan fikirkan sensitiviti orang lain dulu sebelum memulakan bicara .

B.E.N.C.I <= Aku mahu buang rasa itu jauh jauh . 
TERIMA KASIH KERANA MEMBACA! :) KLIK BUTTON LIKE KALAU SUKE...:)

Sirih pulang ke gagang ~

Salam .
Hye all :)

Blog tak berupdate. Idea mencurah curah, tapi takde mase nak update .T__________T. Berkepuk kepuk entry dalam list draft aku . Tapi tak dipublish . Takpe takpe , aku publishkan satu persatu ea . First come, first serve! :p

Biasenya bila menjelang awal bulan je , aku akan balik kampung kat Melaka . Al maklum ler , time tu tengah jadi OKB (Orang Kaya Baru) kan . :p . Gaji tengah melimpah limpah , so haruslah dikongsi bersama keluarga tercinta . ^_____^

Kebetulan time aku balik hari tu , babah takde sebab ke Terengganu atas urusan kerja selama seminggu . Memandangkan babah pon takde , kitorang decide untuk makan kat luar . Alasan mak , lauk da abes . :p.
So , aku mengoffer diri untuk belanja malam tu . :) Dengan berbaju tido long sleeves dan berselipar , kitorang jalan kaki ramai ramai ke kedai makan kat seberang jalan . 


Malam tu kami pekena empat nasik putih , dua mangkuk tomyam seafood , Nasi Goreng Ayam , sepiring daging masak merah,  tiga air Lai Chee Kang , Strawberry Ice Blended , dan segelas besar air laici . 



Lai Chee Kang terbaikkkk ! ^____^


Mase aku tengah ralit dok snap gambar makan , tiba tiba adik aku bersuara . 

"Angah , amek gambar aku satu . Nanti bole tunjuk kat kawan kawan ko . "

"Eleh . Nak jugak . Ok ok .

Dan aku terus menghala kan kamera ke arah adik aku , dan hasilnya . :p

*
*
*
*
*
*
*



Memperkenalkan , adik teruna saya . *motip? :p 

Memang kenyang giler makan kat situ . Makanan dia pon sedap sedap . Tomyam dia , terbaekkkk ! :D . So, kalo sape sape ade yang "ter'lalu" kat kawasan umah aku tu , bole lah korang singgah isi perut kat situ yek . :)


TERIMA KASIH KERANA MEMBACA! :) KLIK BUTTON LIKE KALAU SUKE...:)

Kursus Kahwin?

Salam . 
Hye all : )

Alhamdulillah , hari nie tamat sudah sesi kursus kahwin selama dua hari oleh Mr. Right . Mr.Right je , bukan aku . Aku dah lama dah kot buat kursus nie . Seingat aku tahun 2008 . Masa tu pon aku masih bergelar student lagi , and kursus kahwin tu pon anjuran kolej . :) 


4years ago . (Nasib baik takde expired date . ) :p

Jeles betol bila dengar macam macam cerita best dari si dia . =.=' Siap ade buat ujian bagai . Zaman aku dulu , takde pong .T____T .  Masa zaman aku wat kursus dulu ,  ustaz ustazah yang bagi ceramah tu sume cerita nak ditapis . :p .Mentang mentang lah wat kat kolej , dan majoriti semuanya masih student , terpaksa cover cover . =.=' 

************************************

Dia  : Kamu ,best lah tadi . Kelakar gile ustaz tu . 
Aku : Apa yang kelakar ? Nak tahu , nak tahu . Hehe
Dia  : Ustaz tu kate , orang perempuan nie lepas dah kahwin , kena selalu pakai cantik cantik untuk suami . Jangan sebelum kahwin je pakai lawa lawa . Lepas kahwin , asyik pakai kain batik , berkemban je . 
Aku : Eleh . Jangan kata pompuan, lelaki pon same .:p
Dia  : Hehe .Lepas tu kan, ustaz tu kate lagi , mase kahwin nanti , beli baju yang transparent banyak banyak sikit . Lagi seksi lagi bagus . Untuk suami jugak . :p
Aku : Amboi . Kemain lagi ustaz tu . Nanti kamu belanja kite baju macam tu lepas kahwin ok . :p

Tapak kaki : Sape yang dah pegi kursus kahwin nie ? Jom share share ilmu ! ^__^

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA! :) KLIK BUTTON LIKE KALAU SUKE...:)