❤PESANAN DARI TUAN TANAH❤

❤Holla my readers n stalkers ..:)
❤Blog ini adalah blog peribadi yang mane kadang2 saya akan bercerita tentang life,
love dan ape yang saye rase saye nak kongsikan ngan korang sume . :)
❤Ahaa..bila masuk ke sini , sila jaga adab anda...:)
❤Korang boleh tinggalkan link korang kat shoutbox ..
❤Saya akan menjejaki jejak anda kembali..:)
❤Kalau rase blog ni menarik, boleh follow and i'll follow back...:)

Al-kisah si BUNGA PAHAR ~

Salam .
Hye all :) 


Sejak akhir akhir nie, aku kerap balik kampung . Pantang ada cuti , aku akan larik balik Melaka . hehe . :p
Alaaa , bukan jauh pon . Dua jam je kot . hikhik . :D . Lagipun aku balik bukan untuk suka suka je , banyak urusan kahwin penting yang nak diuruskan . 

Minggu lepas aku balik lagi . Balik je rumah , tengok tengok bilik aku dah macam tongkang pecah . Mak kata , nak kemas kemas bilik sebab nak bawak masuk katil, almari perabot baru . Aku dah garu garu kepala , nak tido mana malam ni ? =.=' . 




Ok, lupakan pasal bilik bersepah sepah tu . Yang pasti, malam tu aku terpaksa angkut dan alihkan barang barang yang ada kat atas katil tu dan letak ke bawah . Settle ! hehe . 

Dan salah satu sebab aku balik melaka nie pon sebab aku ada satu  misi untuk dilaksanakan. Misi ape? 
Meh kasi tengok sikit . 


Alhamdulillah , dalam masa sehari aku berjaya menempek reben nie dengan mak dan adik adik . 1000pcs ok . Dari siang sampai ke malam aku buat non-stop . Stop pon time nak makan, mandi n solat je . Ingat nak settelkan sekali tempek tq tag hari tu jugak , tapi takde rezeki . Tq tag yang diorder dari sis Intan  tu sampai petang keesokkan harinya . Masa tu pon dah agak lewat petang . Aku pon dah nak balik kl semula dah masa tu . So, misi tu terpaksa dipostpone dan akan disambung bila aku balik Melaka sekali lagi . =.=' 

1st malam aku kat Melaka , mak dan abah ajak gi carik bunga pahar . Sebelum ni dah beli sikit , tapi rasa macam tak cukup pulak . So, nak kena 'topup' lagi 100 pcs . 


Cari punya cari , rupanya yang kitorang nak tu dah abes , takde stok lagi . :(  Kecewa jugak la kan . Tetiba aku dapat idea . Memandangkan colour theme adalah baby blue n white  , so aku cadang kat mak, beli la warna putih punya je . Sebab yang sebelum ni kitorang beli yang warna biru yang jenis sangkut macam kat bawah nie . So, beli yang warna putih dari jenis yang sama . 

sumber : google

Alhamdulillah, satu persatu persiapan dah berjaya disiapkan . Eh, belom berjaya lagi . Hampir hampir . :p hehe . 

Tapak kaki : 

Nak mintak satu dari uols bole? 

Nak mintak doakan urusan kami dipermudahkan ..:) 

THANX korang ! :) 

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA! :) KLIK BUTTON LIKE KALAU SUKE...:)

Wedding Preps 5 : Hiasan meja 'GUESTBOOK'

Salam .
Hye all :) 


Wedding zaman sekarang tak sah kan kalo takde guestbook @ buku tetamu , yang mana memberi peluang kepada family , saudara mara dan sahabat handai untuk memberi ucapan tahniah dan doa untuk si pengantin . Aku pernah la cakap kat mak aku , "Mak , angah kawen nanti nak ada guestbook tau . Senang angah tahu kawan kawan or sape sape yang datang masa majlis nanti sebab diorang mesti akan tulis ucapan beserta nama diorang kat buku tu . " Pastu mak aku bole cakap macam nie , " Ala tak payah la ada guestbook2 ni , guestbook ni kalo wat majlis kat dewan or hotel . " Aihh . Mak aku nie . Tak kira, tak kira . Aku nak jugak ! :p 

Aku tengok dah ramai kot orang yang majlisnya kat rumah , adakan guestbook nie . Aku siap tunjuk bukti gambar wedding kawan aku kat mak , supaya mak percaya yang guestbook nie tak tertakluk kepada majlis di dewan ataupon hotel . heee~ 


Dan from now, aku dah start survey mencari idea untuk hiasan table guestbook aku nanti . Table guestbook tu haruslah nampak cantek dan sweet2 gitu . :) Tetamu pon bole bagi ucapan yang sweet2 gitu untuk pengantin . Tak gitu? :p hehe


Jom tolong aku pilih yang mana satu hiasan meja guestbook yang cantek dan sweet2 gitu . (^__^) . 



No.1 . White theme . Nampak soft je kan . ^_^ . Frame gambar dijadikan hiasan utama . :) 


No.2.  Nampak agak messy sikit . Maybe sebab table nie agak kecik . So, ruang agak terhad . 


No.3. Warna yang meriah , dan agak simple decorationnya . :)


No.4. Simple dan sweet!  . Kat mana la nanti aku nak cari meja besar neh . T___T


No.5 . Yang nie pon look nice n sweet . Siap ada essel stand dan pictures tree . Kreatif ! 

So, ape pendapat korang?  No.1, 2, 3, 4, or no.5 ?  (‾⌣‾)♉

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA! :) KLIK BUTTON LIKE KALAU SUKE...:)

Salah satu 'wishlist' terlaksana :)

Salam . 
Hye all :) 


Alhamdlillah , akhirnya salah satu daripada wishlist aku menjadi kenyataan . Big thanks to Mr.Right :p 
Si white pearl itu akan dijaga sebaiknya macam nyawa sendirik :p heeee  ~ 

Agak-agak yang mana 1 wishlist yang seterusnya? :p 

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA! :) KLIK BUTTON LIKE KALAU SUKE...:)