❤PESANAN DARI TUAN TANAH❤

❤Holla my readers n stalkers ..:)
❤Blog ini adalah blog peribadi yang mane kadang2 saya akan bercerita tentang life,
love dan ape yang saye rase saye nak kongsikan ngan korang sume . :)
❤Ahaa..bila masuk ke sini , sila jaga adab anda...:)
❤Korang boleh tinggalkan link korang kat shoutbox ..
❤Saya akan menjejaki jejak anda kembali..:)
❤Kalau rase blog ni menarik, boleh follow and i'll follow back...:)

Cabaran 1st Ramadhan ! :')

Salam .
Hye all :)


Alhamdulillah, sedar tak sedar hari nie dah masuk hari kedua bulan Ramadhan . Bagi aku , Ramadhan kali nie sangat mencabar . 1st Ramadhan lagi aku dah diuji dengan pelbagai ujian . Sayang betol Allah pada aku kan. :') Secara tak langsung , dosa dosa kecil pon terhapus. ( Insyaallah..) 


1st Ramadhan aku teruji apabila aku terpaksa berbuka puase sorang sorang kat umah sewa . Tragis kan !Untung housemate dan roomate aku sebab diorang dapat menikmati Ramadhan pertama dengan family tercinta . :') . Tapi aku redha , aku tak balik pon bersebab . Kerana menjalankan tugas. :') Raya nanti pon aku terpaksa tak balik jugak . sobsobsob . 


Semalam , juadah berbuka puase aku hanya lah sepinggan kuetiaw goreng (basah sikit) handmade dan juga sekotak jus epal . Cukup lah untuk seorang makan . (^_^) 

Sila pejam mata bile tertengok gambar nie : p 

Pukul 5.30 p.m dah siap masak dah untuk berbuka . Semangat nak berbuka betol . :p . Memandangkan aku duk sorang sorang kat rumah , aku pon dengan malas rajinnya tergerak hati nak cairkan ais yang penuh kat bahagian freezer peti ais . Peti ais kat rumah sewa nie agak 'season' sikit . Al-maklumlah, barang lame kan .  Peti ais nie bile lame lame ais kat bahagian freezer akan menebal dan rupe freezer dah jadi macam gua musang dah . =.=' . Eh, korang bole bayangkan tak macam mana rupa freezer jadi macam bentuk gua ?  T____T .


Aku pon mulakan operasi Ops-Gua Freezer aku tu . Mula mula aku switch off dulu plag peti ais tu . Kalo tak switch off kang , satgi mati kejang pulak . T____T . Cara tu jugak dapat membantu proses pencairan ais secara tak langsung . Aku pon bersiap sedia dengan senjata aku iaitu anak batu lesung dan pisau untuk mengikis ais ais yang kian menebal . 


Tengah asyik mengikis menggunakan pisau , tiba tiba aku terdengar bunyi 'sssssssssssssssssssssssssssshh' diringi sekali dengan bau yang agak busuk . Lepas tu ade pulak macam asap kecil kat bahagian freezer tu . Ya Allah ! Aku syak yang gas kat freezer tu bocor . Abes la ayam , ikan , sayur  , nugget dan hotdog aku dalam tu . >_< . Dengan paniknya  , aku terus tutup pintu peti ais dan jauhkan diri daripada peti ais tu . Takot meletup ke hape nanti kan . sobsobsob . 


Aku terus mesej roomate aku . Mintak dia call sebab kredit aku tinggal 1sen je mase tu . :'( . Then dia terus call .  Masa tu aku dah rasa macam menyesal giler sebab 'pandai' sangat guna pisau tu untuk kikis ais . Sekali , dengan gas gas nya aku kikis . +____+ . Dah la tinggal sorang sorang , lepas tu jadi pulak kejadian nie . Huwaaaaaaaa . Kalo la aku tak guna pisau . =.= ' Sampai sekarang aku rase menyesal giler . :'( . Ape kate housemate housemate aku nanti . >___< . 


Dugaan aku tak berhenti kat situ . Lebih kurang dalam kul 10pm macam tu , aku start nak memasak untuk sahur . Dah siap siap tuang minyak dalam kuali nie . Boleh pulak , gas abes . T_________T . Kesian kat aku . Aduyai 

Jangan lupa niat puase ! :) 


Tapak kaki : Tahun nie tahun terakhir sambut Ramadhan dan beraya sebagai orang bujang :') 
TERIMA KASIH KERANA MEMBACA! :) KLIK BUTTON LIKE KALAU SUKE...:)

10 8689 biji gula-gula dari mereka :):

SarahSyafiq berkata...

dugaannya.sabar ya.tp kalau freezer yg berais tu mmg x blh guna pisau nk buang ais.ada button dy untuk buang ais tu.heee

❤Cik Myra❤ berkata...

@SarahSyafiq

tula..roomate pon cakap mcm tu..
menyesal sangat2 nie..huhuhu

Iera balqis berkata...

wahhh.. nmpak sedapnya cha keay tiaw..nak ckit..hehe..btw , happy ramadhan to you & ur all family..May Allah bless U always :D

Ameerul Ashraf berkata...

Ujian kesabaran :)
banyak betol dugaan kan. Lepas satu, satu lagi.

~selamat menjalani ibadah puasa :)

kay_are berkata...

teruji betul ko nampaknye.. takpe.. dugaan bulan pose ni kan? selamat berpose =)

anaztasias nora aira berkata...

aduh kuey teow tu nampak sedap. Salam Ramadhan

❤Cik Myra❤ berkata...

@iera balqis

nak sikit?meh2,nanti saya masakkan utk awk! :D hehe
Happy Ramadhan too ;)

❤Cik Myra❤ berkata...

@Ameerul Ashraf

Cobaan di bulan puase :')

❤Cik Myra❤ berkata...

@kay_are

tula pasal..takpela, redha :') huhu

❤Cik Myra❤ berkata...

@anaztasias nora aira

kueyteow tu bole tengok waktu selepas berbuka puase je..hehe..:p