❤PESANAN DARI TUAN TANAH❤

❤Holla my readers n stalkers ..:)
❤Blog ini adalah blog peribadi yang mane kadang2 saya akan bercerita tentang life,
love dan ape yang saye rase saye nak kongsikan ngan korang sume . :)
❤Ahaa..bila masuk ke sini , sila jaga adab anda...:)
❤Korang boleh tinggalkan link korang kat shoutbox ..
❤Saya akan menjejaki jejak anda kembali..:)
❤Kalau rase blog ni menarik, boleh follow and i'll follow back...:)

Misteri kehilangan MR.RIGHT ..

Salam .
Hye all . :)


Sambungan daripada entry nie

Selepas umi call ofis n ofis pon da maklum tentang berita kehilangan Mr.Right , kami hanya mampu berdoa sambil menanti berita baik dari mereka . Ofis sudah pon membuat laporan polis mengenai kes kehilangan Mr.Right . Myra memang tak betah berdiam diri . Myra berusaha untuk menjejaki sape kawan-kawan Mr.Right yang rapat dan tahu ke mana beliau menghilang pada malam beliau ke airport tu . 

Myra post kat fb , post kat wall persatuan . Sape tahu , cara tu akan membantu . Umi dan ayah beliau turut sama berusaha menjejaki kawan-kawan yang rapat dengan beliau . Myra tak putus-putus berdoa semoga M.R dipertemukan dalam keadaan selamat . Myra berjaya mendapatkan beberapa nombor yang boleh dihubungi dan salah sorangnya, wife kepada kawan beliau, kak Y .

Kak Y turut same mencari klu yang dapat membantu penemuan M.R . Dan Kak Y berjaya berhubung dengan kawan-kawan M.R yang sudah selamat berada atas kapal yang same ngan M.R . Salah seorang daripada rakan M.R tu , yang dikenali sebagai W menceritakan ape sebenarnya yang terjadi pada malam mereka ke KLIA tu . 

"Aku mmg lgsg xjpe dia. just by hphone . last aku call dia cuma ckp ada masalah n suruh tunggu kat airport n dia nak cite smuanya . Aku tggu di xsmpai2 n dia off hp. Suara dia cemas n lps dia ckp ada mslh, dia terus ltak hphone. tp masa tu background mcm ada dalam kenderaan . dia cakap nak gi airport dgn cousin dia . " 

So, daripada yang diceritakan tu , korang dapat agak tak ape yang berlaku ? Dan yang menjadi tanda tanya , pihak hotel di mane M.R stay sebelum beliau ke airport bagitau ofis yang pihak diorang jumpa luggage M.R di dalam bilik hotel . Pffftt ~ 


Jam pon da menunjuk ke angka 2 pagi , n mate pon dah rabak gara-gara tak cukup tido . Nanti myra update lagi . 
Tapak kaki ; semoga hari nie lebih baik dari semalam ~~

BABAI~

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA! :) KLIK BUTTON LIKE KALAU SUKE...:)

1 8689 biji gula-gula dari mereka :):

Ainul Hayat berkata...

Salam Mira,

Macam mana? Dah jumpe tak?