Salam .
Hye all :)
Sedar tak sedar , rupanya dah hampir enam tahun aku meninggalkan zaman persekolahan . Zaman yang mana banyak manis dan pahitnya . :) Kadang kadang bila teringatkan kembali zaman persekolahan, aku hanya tersenyum .:)
Teringat pada sorang cikgu Geografi aku yang agak garang orangnya . Hampir satu kelas pernah didenda gara gara tidak menyiapkan tugasan yang diberikan . 'Ketuk ketampi 100 kali kat luar kelas sekarang ! '
Tak kira pelajar lelaki , pelajar perempuan sume kena termasuk lah aku .:p kehkehkeh . Lepas 100 kali ketuk ketampi tu, nak turun naik tangga kaki rasa macam nak tercabut . >_< . Balik je, mengadu kat mak . "Mak, sakit kaki . Cikgu denda ketuk ketampi 100 kali sebab tak siap kerja sekolah . " sambil buat muka mintak simpati ."Padan muka . Tula, sape suruh malas buat keje sekolah . " Sobsobsob . >_<
Setiap tahun masa sekolah , selalu mindset kat kepala , 16 Mei mesti tak payah bawak beg pegi sekolah sebab mesti cikgu tak mengajar punya . hehe . :p . Pernah la masa Hari Guru , aku punya la malas gila nak gi sekolah . Dan buat cuti umum sendirik . :p " Mak, hari nie angah malas nak gi sekolah . Mesti cikgu tak buat kelas hari nie. Sebab hari Guru kan . "
Dan yang paling aku tak pernah lupa , masa aku sekolah rendah dulu . Tengok kawan kawan lain bagi cikgu hadiah, aku pon sibuk nak bagi hadiah . Tapi takde duit nak beli hadiah . Habes sabun mandi wangi ( yang masih belum digunakan ) kat umah aku rembat dan bungkus pakai kertas warna buat pembalut hadiah . hehe .
Nasib la cikgu tu dapat ' hadiah special ' tu . Ok ape kan , bila cikgu tu mandi guna sabun yang aku hadiahkan, cikgu tu mesti ingat kat aku . :p
Stop cerita kejap. :p Aku nak buat ucapan 'SELAMAT HARI GURU' kepada guru guru yang pernah mengajar aku di SK (P) Methodist 1 Melaka , SMK Tun Tuah Melaka , SMK Wakaf Tapai, Terengganu dan para pensyarah di Kolej Universiti Islam Melaka . :) # ada macam dedikasi kat radio tak ? :p
To my BFF yang juga bakal dan bergelar guru , SELAMAT HARI GURU . :)
Aku sayang korang sangat sangat ! ^_^
Tapak kaki : Selamat Hari Guru juga untuk Mr. Right yang pernah jadi 'guru sandaran' sekejap masa dia cuti hari tu . :) Happy Teacher's Day, Cikgu Tassrif ! hehe . ^_^
TERIMA KASIH KERANA MEMBACA! :)
KLIK BUTTON LIKE KALAU SUKE...:)
6 8689 biji gula-gula dari mereka :):
selamat hari guru.. :) cantik blog
alaaaa dia pilih gamba sama. hahaha. part yang best bila hari guru mesti la tak bawak beg tu. hari merdeka :D
ketuk ketampi 100 kali bese, aku ngan satu kelas pernah kne denda round padang sambil pakai baju uniform sebab lambat hantar buku je.. ape pun selamat ari guru!! ^__^
hai si comel yg bermata bolatttt..Mummy dah follow balik. Mummy yg ke 700..yeayyyy!!!
mummy follow cni:)
ketuk ketampi tak pernah tapi lari keliling sekolah 10 pusingan pernah.ekeke
bila ingat zaman sekolah balik,mesti rasa lucu
Catat Ulasan