❤PESANAN DARI TUAN TANAH❤

❤Holla my readers n stalkers ..:)
❤Blog ini adalah blog peribadi yang mane kadang2 saya akan bercerita tentang life,
love dan ape yang saye rase saye nak kongsikan ngan korang sume . :)
❤Ahaa..bila masuk ke sini , sila jaga adab anda...:)
❤Korang boleh tinggalkan link korang kat shoutbox ..
❤Saya akan menjejaki jejak anda kembali..:)
❤Kalau rase blog ni menarik, boleh follow and i'll follow back...:)

Misteri kehilangan MR.RIGHT ..

Salam .
Hye all . :)


Sambungan daripada entry nie

Selepas umi call ofis n ofis pon da maklum tentang berita kehilangan Mr.Right , kami hanya mampu berdoa sambil menanti berita baik dari mereka . Ofis sudah pon membuat laporan polis mengenai kes kehilangan Mr.Right . Myra memang tak betah berdiam diri . Myra berusaha untuk menjejaki sape kawan-kawan Mr.Right yang rapat dan tahu ke mana beliau menghilang pada malam beliau ke airport tu . 

Myra post kat fb , post kat wall persatuan . Sape tahu , cara tu akan membantu . Umi dan ayah beliau turut sama berusaha menjejaki kawan-kawan yang rapat dengan beliau . Myra tak putus-putus berdoa semoga M.R dipertemukan dalam keadaan selamat . Myra berjaya mendapatkan beberapa nombor yang boleh dihubungi dan salah sorangnya, wife kepada kawan beliau, kak Y .

Kak Y turut same mencari klu yang dapat membantu penemuan M.R . Dan Kak Y berjaya berhubung dengan kawan-kawan M.R yang sudah selamat berada atas kapal yang same ngan M.R . Salah seorang daripada rakan M.R tu , yang dikenali sebagai W menceritakan ape sebenarnya yang terjadi pada malam mereka ke KLIA tu . 

"Aku mmg lgsg xjpe dia. just by hphone . last aku call dia cuma ckp ada masalah n suruh tunggu kat airport n dia nak cite smuanya . Aku tggu di xsmpai2 n dia off hp. Suara dia cemas n lps dia ckp ada mslh, dia terus ltak hphone. tp masa tu background mcm ada dalam kenderaan . dia cakap nak gi airport dgn cousin dia . " 

So, daripada yang diceritakan tu , korang dapat agak tak ape yang berlaku ? Dan yang menjadi tanda tanya , pihak hotel di mane M.R stay sebelum beliau ke airport bagitau ofis yang pihak diorang jumpa luggage M.R di dalam bilik hotel . Pffftt ~ 


Jam pon da menunjuk ke angka 2 pagi , n mate pon dah rabak gara-gara tak cukup tido . Nanti myra update lagi . 
Tapak kaki ; semoga hari nie lebih baik dari semalam ~~

BABAI~

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA! :) KLIK BUTTON LIKE KALAU SUKE...:)

Doaku sentiase mengiringimu , sayang ...

Salam . 
Hye all . :) 


Orang kata , kalau kite diuji dengan dugaan dan ujian yang hebat , maknanya Allah sayangkan kite . Dia nak uji n nak tengok sejauh mane kite mampu untuk hadapi dugaan tu . Dan myra yakin Allah sayangkan hambaNya yang diuji tu . Dan apa yang myra alami sekarang sangat menguji myra . 


Pagi semalam , kawan seangkatan (dari geng kapal/chenta hati sang pelaut ) fyna post kat wall fb mengenai berita yang agak mengejutkan . Patot la mesej last yang myra dapat from him pada malam 8hb yang dia kate "jap ..bz " tu penuh tanda tanya .

Myra tak dapat nak teruskan . nanti myra update lagi~ 

BABAI ~

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA! :) KLIK BUTTON LIKE KALAU SUKE...:)

Korang suke makan ikan keli tak ? Meh bace nie .

Salam .
Hye all . :) 


Ikan keli , nyam2 . Sedap kalo buat masak lomak cili api kan . :D . Ikan keli merupakan salah satu ikan sungai yang paling myra suka selain talapia n haruan . :) Tapi . . . . . .lepas terbaca salah satu artikel dalam fb mengenai "PERBEZAAN IKAN KELI HARAM DAN IKAN KELI HALAL " , myra mula musykil n ragu-ragu . 

Eh , ade pulak ikan yang halal n haram kan . Camne nak bezakan yang haram dan yang halal ? Mane ade ikan  yang ade cop halal dari JAKIM kan . So , meh bace bawah nie : 

Ikan keli yang haram ialah :

  • Ikan yang diternak oleh orang bukan melayu yang diberi makan perut ayam , bangkai dan organ dalaman babi .
  • Kepala berbentuk 'V'
  • Badan berwarna hitam berkilat .
  • Bahagian bawah badan berwarna putih melepak .
  • Bahagian antara bawah kepala dan badan berwarna kuning .
  • Apabila digoreng , akan meletup sebab banyak lemak .

Ikan keli yang halal ialah :

  • Diberi makan palet halal iaitu campuran beras hancur , tepung ikan , kepala ikan bilis , minyak sawit , bahan buangan kelapa sawit, kiambang dan vitamin .
  • Kepala berbentuk 'U'
  • Berwarna hitam kelabu dan tidak berkilat .
  • Bahagian bawah badan berwarna putih kelabu .
  • Tiada warna kuning kelihatan di bawah antara bawah kepala dan badan .
  • Digoreng tidak meletup .

So, maybe info nie berguna mase korang beli ikan keli kat pasar nanti . :)

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA! :) KLIK BUTTON LIKE KALAU SUKE...:)

BIG DAY ! ::09102011::

Salam .
Hye all . :) 


Pagi tadi rase tersangat lah malas nak bangun . Bukan malas tapi tak larat . Mate bagai ditarik-tarik untuk terus tertutup . Malam tadi memang myra tak boleh nak tido sebab duk risaukan Mr.Right naik flight ke US .

Tapi bila teringat pasal wedding kak Nani dan abang Daus hari nie , myra terus gagahkan diri dan abaikan rase mengantuk yang teramat sangat tu . Tet tet tet tet ..sms daripada bff myra , Nurul . "Myra,  kite gerak dalam kul 11.15 k ." Kitorang memang plan nak gerak awal cket sebab takot tersesat . *padahal uma pengantin tu dalam Melaka jugak .:P 

Lebih kurang dalam kul 11 lebih , Nurul call n bagitau yang minyak hitam kereta dia kering . Dan kitorang terpaksa gerak lambat cket . Nasib baik mase tu myra tak siap pape lagi . Dan akhirnya dalam kul 12 lebih kitorang gerak .... Dan ngam-ngam kitorang sampai , pengantin pon baru nak berarak . 


Kaler tema yang gojes : green n white . :))


Tangga . :P 
Geng Chenta Hati Sang Pelaut yang masih single but not available . :P 




Kak Shida , Myra , Kak Nani n my Bff , Nurul . :)) 


Makan beradab . 

SELAMAT PENGANTIN BARU :)) SEMOGA BERKEKALAN HINGGA KE ANAK CUCU . 

Tapak kaki ; Tunggu kad invitation dari geng yang lain pulak . :P 

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA! :) KLIK BUTTON LIKE KALAU SUKE...:)