Salam .
Hye all :)
Sejak dua menjak nie , mood untuk berblogging semakin hambar . Aku pon tak tau kenapa . Kat kepala otak nie macam macam nak tulis , tapi bila log in blog je, terus mood tu mati . =.=' .
Dan hari nie , aku paksa jugak mood tu 'hidup' balik . hehe . Aku taknak blog nie terabai begitu je . Bertuan tapi serupa tak bertuan . *Sigh lagi .
Tapi bukan tu sebenarnya yang aku nak gebang story dalam entry aku nie . Korang pernah dengar tak pasal pen-pal atau nama lainnya sahabat pena ? :)
Dulu dulu , masa zaman sekolah , aku suka wat 'pen-pal collection' . Masa kat sekolah dulu , setiap minggu kat koop akan ada jual magazine berbentuk knowledge lah . Aku pon dah lupa nama majalah tu .
Tapi aku tak beli pon . Dulu dulu , mak bagi duit sekolah cukup cukup untuk buat belanja makan je . =.=' . So, aku amek inisiatif pinjam majalah tu kat library . Free je , tak payah susah susah nak beli . :p
sumber : google .
Aku akan belek majalah tu kat bahagian belakang sekali . Kat situ ada ruangan ala ala tambah kenalan macam tu la . Ada nama , alamat , nama sekolah dan tarikh lahir . Rambang mata nak memilih . Heee .*gatal !
So, aku bantai pilih je la mana nama nama yang sedap dan pelik pelik . Pastu catit kat note book details diorang . Pas siap siap pilih dalam tiga empat orang , aku terus ke koop pulak untuk beli setem dan sampul surat bunga bunga . * Kalo untuk setem dan sampul surat memang aku tak berkira .:P
Balik rumah je, terus amek kertas kajang / test pad , then tulis surat dua tiga perenggan . Pen-pal nie yang bestnya, sebab kita dapat tambah kenalan secara tak langsung even tak bertemu muka . Pas dah siap tulis 'karangan' tu , aku amek bedak wangi kat bilik mak aku , then tabur sikit kat surat tu . Macam surat cinta pulak kan . :p .
Beberapa minggu lepas tu, surat yang aku hantar berbalas . :) Dan sampai sekarang aku masih simpan surat tu dalam 'peti simpanan' aku .:p hehe . Tapi sayang sekali , abis je sekolah dan sampai sekarang aku terus 'lost contact' ngan sahabat sahabat pena aku . =.='
Tapak kaki : Sekali menaip , kemain panjang pulak entry aku nie . =.='
TERIMA KASIH KERANA MEMBACA! :) KLIK BUTTON LIKE KALAU SUKE...:)









