❤PESANAN DARI TUAN TANAH❤

❤Holla my readers n stalkers ..:)
❤Blog ini adalah blog peribadi yang mane kadang2 saya akan bercerita tentang life,
love dan ape yang saye rase saye nak kongsikan ngan korang sume . :)
❤Ahaa..bila masuk ke sini , sila jaga adab anda...:)
❤Korang boleh tinggalkan link korang kat shoutbox ..
❤Saya akan menjejaki jejak anda kembali..:)
❤Kalau rase blog ni menarik, boleh follow and i'll follow back...:)

1st Ramadhan sebagai suami dan isteri ...

Salam . 
Hye all :) 

Aku sedang mencari mood untuk berblogging seperti dulu . Sehari 1 entry pon jadi lah kan daripada sebulan sekali jek :P hehe . 
Alhamdulillah, tahun nie aku masih berpeluang untuk meraikan kedatangan Ramadhan. Ramadhan kali nie amat bermakna bagi aku sebab ...aku dapat menikmatinya bersama encik suami ..Syukur , tanggal 27 Jun yang lepas , encik suami dapat sign off dari pelayaran beliau yang hampir mencecah 7bulan..T____T . 
Dalam sejarah lah sebab tak pernah lagi beliau sailing lebih dari 6 bulan . wuuuu . 

Allah pasti akan menghadiahkan 'kebahagiaan' jika kita bersabar dengan ujianNya, dan sabar menunggu..Janji Allah itu pasti :) Nah , akhirnya encik suami dapat jugak pulang setelah berdepan dengan beberapa kekangan . :') 

1st day puasa kami ialah di rumah mak aku yang mana seperti dalam perjanjian kami berdua (perjanjian nie valid time bulan puasa n raya jek :p ) . hehe..1st puasa haruslah di Melaka , sebab encik suami dah cop awal2 , tahun nie kami akan beraya di kampung halaman beliau di Pekan, Pahang .. :'D

Masa mula2 aku bagitahu kat mak pasal beraya nie, reaksi mak adalah positif ..thanks mak kerana memahami.. :'D..Mak pun faham, anak perempuan dia dah jadi isteri orang...dan tempat seorang isteri di sisi suaminya :') ..

1st sahur pagi tadi takde bezanya sangat berbanding sebelum kawen ..just ade tambahan sorang yang perlu dikejutkan bangun dengan penuh 'kasih sayang' :P ..
Ok lah uols , bulan2 puase nie tak boleh mengadap blog lame2 sangat , nanti kang bole makruh puase :P hikhik ...

*Macam mana dengan Ramadhan pertama uols tahun nie? :'D mudah2an kita sama2 dapat menikmati Ramadhan tahun ini dengan penuh barakah hendaknya :) 


TERIMA KASIH KERANA MEMBACA! :) KLIK BUTTON LIKE KALAU SUKE...:)

Kehidupan baru yang sangat membahagiakan :)

Salam . 
Hye all :) 

Firstly , aku nak mintak maaf sesangat sebab dah berbulan blog nie tidak berupdate . hehe . Ada suara suara nakal cakap yang aku dah tak nak berblog dah semenjak dah jadi isteri orang . :p
Jangan lah fikir begitu , even aku dah berkahwin pon aku masih lagi berblogging cuma masa seakan menghalang aku untuk mencoret sesuatu . *alasan yang agak klise kan * :p . Tapi harap alasan nie bole diterima . :p 

Secondly , alhamdulillah sekarang usia perkahwinan kami pon dah menginjak ke bulan keempat . Bermakna, sudah hampir 3bulan lebih aku dan suami berjauhan . Seorang di lautan , dan seorang di daratan . Belum pon puas menikmati kehidupan sebagai suami isteri , 3minggu berkahwin sudah tiba masa suami untuk meneruskan tugasnya selama 6bulan di lautan . Sedih memang sedih , kerana terpaksa berjauhan selama setengah tahun ! Tapi ape bole buat , sebagai isteri aku harus merelakan pemergian suami mencari rezeki untuk kami . :')

Thirdly , wishlist aku yang ketiga , (buat lesen) bakal terlaksana kerana aku sedang dalam proses untuk mendapatkan lesen L . Pestime mengawal clutch , minyak dan brek dengan kaki sendiri memang sangat mengujakan . hehe . Tanggapan bahawa memandu kereta adalah sukar silap sama sekali . Bila kita dah merasai sendiri pengalaman memandu itu , ia tidak lah sesukar yang disangka :) Terima kasih suami kerana tidak putus putus memberi sokongan dari jauh . (^_^) ..Really appreciate it ! Semoga semuanya dipermudahkan nanti , Insha Allah . :) 

Fourth , album kahwin kami di sebelah perempuan (Melaka)  dah pon siap minggu lepas . Alhamdulillah , penantian suatu penyiksaan kami sangat berbaloi  sebab gambar gambar semua gojes . (^__^) . 


Mr. Right yang kini sudah sah menjadi my husband :)


Saat akad nikah dilafazkan . :) 


Alhamdulillah , babah sendiri yang menikahkan kami . Thanks babah ! (^___^)


Guestbook corner yang tersangat lah simple . Plan last minit . Nak lain, lain plak jadinya . >_<


Antara kawan-kawan sekapal suami yang hadir memeriahkan majlis :) 


Persalinan Jawa & Bollywood 


My siblings ! (^__^) 
Happy dapat 'abang ngah' :p 

Alamak , sekali panjang pulak entry kali nie . :p hikhik . Thanks a lot pada yang sudi datang ke majlis hari tu dan ade juga yang tak putus-putus wish pada kami . Sayang korang ! (^__*) 

*Doakan yang baik baik untuk kami . Semoga ikatan halal ini berkekalan hingga ke Jannah, insha Allah  :) 

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA! :) KLIK BUTTON LIKE KALAU SUKE...:)

A.L.H.A.M.D.U.L.I.L.L.A.H :)

Salam.
Hye all :) 


Alhamdulillah.....SAYA BAHAGIA (^___^) ..
TERIMA KASIH KERANA MEMBACA! :) KLIK BUTTON LIKE KALAU SUKE...:)

Undangan ke Walimatul Urus AMEERA & TASSRIF....

Salam .
Hye all :) 


2minggu dan 4hari lagi ! Nervous , happy , blessing , semua ada . Persiapan pon banyak yang dah berjaya disiapkan . :) Jemputan untuk rakan2 sekerja , rakan2 sekolah , rakan2 fb pon semua dah settle . Sampaikan kad yang aku bajet cukup , rupanya tak cukup dan  terpaksa buat photostet . T____T . So, pesan aku pada bride to be yang baru nak buat kad tu , contoh if uols nak tempah kad , tempah lebih2 sikit pon takpe . :) 

Ok, sebelum terlambat aku dengan berbesar hati nak jemput rakan2 blogger yang mengenali aku or Mr.Right untuk ke Walimatul Urus kami pada 2 Disember 2012 (Ahad)  bersamaan dengan 18 Muharam 1434H beralamat di Batu 2 3/4, Balai Panjang, Jalan Malim Indah , 75250, Melaka . Majlis sambut menantu pula pada 8 Disember 2012 (Sabtu) di Pekan, Pahang . Harap dengan kehadiran uols, dapat memeriahkan lagi majlis kami insyaallah (^___^) .


Di sini , aku  sertakan map sebagai reference nanti . (^___^)


Budak-budak makan lemang , 
Makan bersama si buah longan , 
Silakan jemput, silakan datang, 
Jangan malu, jangan segan . =p

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA! :) KLIK BUTTON LIKE KALAU SUKE...:)