❤PESANAN DARI TUAN TANAH❤

❤Holla my readers n stalkers ..:)
❤Blog ini adalah blog peribadi yang mane kadang2 saya akan bercerita tentang life,
love dan ape yang saye rase saye nak kongsikan ngan korang sume . :)
❤Ahaa..bila masuk ke sini , sila jaga adab anda...:)
❤Korang boleh tinggalkan link korang kat shoutbox ..
❤Saya akan menjejaki jejak anda kembali..:)
❤Kalau rase blog ni menarik, boleh follow and i'll follow back...:)

Perpisahan sementara....:')

Salam .
Hye all :) 

Hari nie dah masuk hari ketiga encik suami tiada di sisi...Sebelum nie, tiga bulan kemana mana dengan dia, dia banyak melayan kerenah aku since awal preggy, melayan aku mengidam itu ini...Tapi sekarang untuk 6bulan, takde sape dah nak melayan...sobsobsob..*kesat airmata* . Nak tunggu 6bulan lagi, time tu pon aku menghitung hari je untuk melahirkan...>__<

Masa dapat call dari ofis yang mengatakan encik suami kena standby untuk naik kapal dalam mase 3hari, aku memang rase macam , alaaaaaaa...tak suka tauu...cuti tak habis lagi, tak sampai tiga bulan lagi...Tapi bila fikirkan balik , mungkin ada hikmahnya...Awal dia naik , inshaAllah awal lah dia dapat turun nanti ...Sekarang aku tak boleh nak fikirkan diri aku sendiri je , kena fikirkan sekali baby yang bakal lahir nie nanti..

Kalau boleh, bila dia celik mata je lihat dunia orang first yang dia nampak ialah ayah dia :') Means, masa melahirkan nanti , aku nak encik suami sama-sama ada untuk memberi sokongan padu , kata-kata semangat dan dapat mengazankan/iqamat bakal anak kami nanti ...*hopefully*

Alhamdulillah , 'perpisahan sementara' kali ni aku dapat mengharungi dengan hati yang agak tenang...Maybe sebab kali nie aku 'ditinggalkan berteman' ...:'D . Encik suami dah pesan siap-siap , kena selalu rajin update blog supaya memudahkan dia untuk mendapatkan sebarang info dari isteri dia yang comel nie :p hikhikhik..

*Bila aku tengok gambar nie, nampak muka aku macam dah matang pulak :P *
Rinduu lelaki di sebelah saya ini :') 

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA! :) KLIK BUTTON LIKE KALAU SUKE...:)

Rezeki...

Salam . 
Hye all :)


Sehari satu entry konon . :p . Sekali DUA BULAN baru ade satu entry ...maaf ye...janji dicapati..:p
macam-macam kekangan..dengan masalah internetnya lagi, kena berebut lappy dengan encik suami yang dah kemaruk dengan cerita "running man"nya tu...:p ..terpaksa lah mengalah kan...so, hari nie baru lah aku berpeluang untuk "conquer" balik lappy nie..:'D

Berbalik pada cerita asal untuk entry nie...bercakap pasal rezeki, macam-macam rezeki yang Allah bagi kat kita ..dari segi harta , pekerjaan, perkahwinan dan juga anak ...so, korang agak-agak aku nak bercerita pasal rezeki yang mana satu? (^__~) ngeeee....

Ok, bagi aku cerita dulu ekk :p ..
Ceritanya bermula apabila aku mula rasa tak sedap badan...sakit pinggang datang menyerang dan kerap buang air kecil...aku mula syak ada something yang tak kena...period pon masa tu dah lewat 2 3 hari...aku hanya mengambil pendekatan untuk terus menunggu...tanda-tanda nak period kot..

Hampir dua minggu berlalu , but still takde tanda-tanda...so, aku curi-curi beli alat ujian kehamilan ( UPT) tanpa pengetahuan encik suami ...aku decide nak try check sendiri  sebelum sahur nanti...
Mula-mula check, hanya satu line je yang muncul...means , negative..seriusly masa tu aku rasa sedikit frust...
Aku tak terus buang upt tu , aku terus sorokkan kat dalam handbeg, tak nak kantoi dengan encik suami...

Selepas subuh , aku tengok balik upt tu...dan...berlaku something yang sangat mengejutkan...bila aku tengok betol-betol benda tu, eh..ade satu line samar-samar...masa tu aku rase macam nak menjerit pon ade..:p 
Tapi menjerit dalam hati je lah...hewhew...:'D

Keesokan paginya, aku terus call sorang akak nie untuk bertanyakan pasal benda tu.." Akak, kalau upt tu ade dua line tapi yang satu line tu macam blur tu, apa maksudnya ek?
"Yeke?? Kira pregnant la tu..tapi maybe kandungan tu baru lagi menjadi...kena jaga makan tau...jangan makan makanan yang tajam macam nenas bla bla bla..." panjang berjela akak tu bagi nasihat...aku hanya mampu tersenyum...hanya Allah sahaja yang tahu perasaan aku masa tu....:')

Aku still tak bagitahu encik suami pasal tu...dan sampai lah suatu hari , aku buat keputusan untuk memberitahu sendiri encik suami pasal hal nie...
"Hby, bby saje test buat upt tau..lepas tu kan...nampak ade double line...tak confirm lagi kot pregnant..nanti kite check sekali lagi ek..lagipun period pon dah lewat nie..."
Encik suami terus pandang muka aku...tergamam..."Dengar tak ape yang bby ckp td?" soal aku bila encik suami hanya memberikan respons yang sebegitu...Encik suami hanya mengangguk..Rupanya masa tu encik suami ingat aku hanya bergurau pasal hal tu....

Dan aku decide nak buat UPT kali kedua bila balik kampung suami kat Pekan nanti.. Kali nie encik suami sendiri yang belikan UPT tu . hehe . Malam tu , lebih kurang dalam pukul 12 lebih aku terus decide nak buat..macam tak boleh nak tunggu esok pagi pulak kan .. :p tak sabar punya pasal nak tahu resultnya...heeee...Dan hasilnya ....


Double line ! Kali nie satu line tu lebih jelas kelihatan berbanding yang mase 1st test tu..Terus aku laju-laju tunjuk kat encik suami yang mase tu tengah khusyuk tengok tv..Terpancar muka bahagia encik suami mase tu :')) 

* * * * * * * * * * * * * * * 

Alhamdulillah , kini usia kandungan aku dah nak masuk 12minggu (3bulan) ...Masa awal-awal kehamilan dulu , aku jadi seorang yang sangat berselera nak makan..asyik lapar je ..hewhew...Bayangkan setiap 4 jam aku kena mengunyah something ..kalau tak , mula lah badan rase mengigil ..loya dan rase nak muntah....
Masuk bulan kedua , dah mula ade morning sickness ...bangun tido je terus kena berlari ke bilik air , dan muntah ...:'( ..Masa ni aku rase insaf kejap , bayangkan betapa peritnya ibu kita mengandungkan kita, mana nak layan muntah-muntah nie lagi .. :') Bila dah alami n rasai sendiri, baru kita tahu betapa besar pengorbanan ibu kita ... :'))


Last but not least , thanks sebab korang sudi baca entry aku yang berjela nie..hehe
Doakan baby dalam kandungan nie sentiase sihat dan cepat membesar...:) 
Moga dia membesar menjadi anak yang baik , dengar kata , soleh dan solehah insyaallah :)) 

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA! :) KLIK BUTTON LIKE KALAU SUKE...:)

1st Ramadhan sebagai suami dan isteri ...

Salam . 
Hye all :) 

Aku sedang mencari mood untuk berblogging seperti dulu . Sehari 1 entry pon jadi lah kan daripada sebulan sekali jek :P hehe . 
Alhamdulillah, tahun nie aku masih berpeluang untuk meraikan kedatangan Ramadhan. Ramadhan kali nie amat bermakna bagi aku sebab ...aku dapat menikmatinya bersama encik suami ..Syukur , tanggal 27 Jun yang lepas , encik suami dapat sign off dari pelayaran beliau yang hampir mencecah 7bulan..T____T . 
Dalam sejarah lah sebab tak pernah lagi beliau sailing lebih dari 6 bulan . wuuuu . 

Allah pasti akan menghadiahkan 'kebahagiaan' jika kita bersabar dengan ujianNya, dan sabar menunggu..Janji Allah itu pasti :) Nah , akhirnya encik suami dapat jugak pulang setelah berdepan dengan beberapa kekangan . :') 

1st day puasa kami ialah di rumah mak aku yang mana seperti dalam perjanjian kami berdua (perjanjian nie valid time bulan puasa n raya jek :p ) . hehe..1st puasa haruslah di Melaka , sebab encik suami dah cop awal2 , tahun nie kami akan beraya di kampung halaman beliau di Pekan, Pahang .. :'D

Masa mula2 aku bagitahu kat mak pasal beraya nie, reaksi mak adalah positif ..thanks mak kerana memahami.. :'D..Mak pun faham, anak perempuan dia dah jadi isteri orang...dan tempat seorang isteri di sisi suaminya :') ..

1st sahur pagi tadi takde bezanya sangat berbanding sebelum kawen ..just ade tambahan sorang yang perlu dikejutkan bangun dengan penuh 'kasih sayang' :P ..
Ok lah uols , bulan2 puase nie tak boleh mengadap blog lame2 sangat , nanti kang bole makruh puase :P hikhik ...

*Macam mana dengan Ramadhan pertama uols tahun nie? :'D mudah2an kita sama2 dapat menikmati Ramadhan tahun ini dengan penuh barakah hendaknya :) 


TERIMA KASIH KERANA MEMBACA! :) KLIK BUTTON LIKE KALAU SUKE...:)

Kehidupan baru yang sangat membahagiakan :)

Salam . 
Hye all :) 

Firstly , aku nak mintak maaf sesangat sebab dah berbulan blog nie tidak berupdate . hehe . Ada suara suara nakal cakap yang aku dah tak nak berblog dah semenjak dah jadi isteri orang . :p
Jangan lah fikir begitu , even aku dah berkahwin pon aku masih lagi berblogging cuma masa seakan menghalang aku untuk mencoret sesuatu . *alasan yang agak klise kan * :p . Tapi harap alasan nie bole diterima . :p 

Secondly , alhamdulillah sekarang usia perkahwinan kami pon dah menginjak ke bulan keempat . Bermakna, sudah hampir 3bulan lebih aku dan suami berjauhan . Seorang di lautan , dan seorang di daratan . Belum pon puas menikmati kehidupan sebagai suami isteri , 3minggu berkahwin sudah tiba masa suami untuk meneruskan tugasnya selama 6bulan di lautan . Sedih memang sedih , kerana terpaksa berjauhan selama setengah tahun ! Tapi ape bole buat , sebagai isteri aku harus merelakan pemergian suami mencari rezeki untuk kami . :')

Thirdly , wishlist aku yang ketiga , (buat lesen) bakal terlaksana kerana aku sedang dalam proses untuk mendapatkan lesen L . Pestime mengawal clutch , minyak dan brek dengan kaki sendiri memang sangat mengujakan . hehe . Tanggapan bahawa memandu kereta adalah sukar silap sama sekali . Bila kita dah merasai sendiri pengalaman memandu itu , ia tidak lah sesukar yang disangka :) Terima kasih suami kerana tidak putus putus memberi sokongan dari jauh . (^_^) ..Really appreciate it ! Semoga semuanya dipermudahkan nanti , Insha Allah . :) 

Fourth , album kahwin kami di sebelah perempuan (Melaka)  dah pon siap minggu lepas . Alhamdulillah , penantian suatu penyiksaan kami sangat berbaloi  sebab gambar gambar semua gojes . (^__^) . 


Mr. Right yang kini sudah sah menjadi my husband :)


Saat akad nikah dilafazkan . :) 


Alhamdulillah , babah sendiri yang menikahkan kami . Thanks babah ! (^___^)


Guestbook corner yang tersangat lah simple . Plan last minit . Nak lain, lain plak jadinya . >_<


Antara kawan-kawan sekapal suami yang hadir memeriahkan majlis :) 


Persalinan Jawa & Bollywood 


My siblings ! (^__^) 
Happy dapat 'abang ngah' :p 

Alamak , sekali panjang pulak entry kali nie . :p hikhik . Thanks a lot pada yang sudi datang ke majlis hari tu dan ade juga yang tak putus-putus wish pada kami . Sayang korang ! (^__*) 

*Doakan yang baik baik untuk kami . Semoga ikatan halal ini berkekalan hingga ke Jannah, insha Allah  :) 

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA! :) KLIK BUTTON LIKE KALAU SUKE...:)